-->
Sabtu, 09 Januari 2016

RESEPI SATE AYAM DAN KUAH KACANG SEDAP

SATE AYAM DAN KUAH KACANG

SATE AYAM

Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

{+}600 gram daging batang pinang/isi dada ayam
{+}1 cawan gula pasir
{+}2 batang serai
{+}2 sudu besar kacang tanah
{+}1 sudu besar garam - guna 3/4 sudu besar jer
{+}1 sudu besar serbuk kunyit

Cara-cara untuk membuatnya ialah:-

{+}Ayam dibersihkan atau daging dibersihkan urat urat dan lemaknya dan dihiris halus dalam sebesar ibu jari. Kacang tanah disangai tanpa minyak dan dibuang kulitnya.

{+}Ricik serai dan tumbuk halus, ketepikan dan tumbuk pulak kacang tanah. Masukkan semua bahan seperti gula, garam, kunyit serbuk dan serai serta kacang tumbuk tadi ke dalam bekas. Gaul rata.

{+}LEPastu masukkan ayam/daging tadi dan gaul sampai rata betul betul. Perap selama dua jam. Jangan bubuh air sebab air daging tu akan keluar setelah diperap hampir dua jam

{+}LEPastu, cucuklah guna lidi buluh. Kemudian bakarlah atas tempat bakar yang guna arang. Amik sebatang serai diketuk ketuk sikit, Kemudian bubuh sedikit minyak dalam mangkuk campur air sesudu. Pastu celupkan serai dalam minyak dan tepuk atas satay masa bakar. Balik balikkan. Hati hati jangan terbakar lidinya atau daging hangus.

Nota penting:-

{+}Kalau nak buat satay goreng, tak payah dicucuk daging perap. Goreng dalam minyak terendam dan curahkan kuah diatasnya. Atau dimasukkan satay yang telah digoreng dalam periuk kuah.

{+}Boleh simpan dalam plastik dan bekukan. Jika ada satay lebih, masukkan dalam plastik dan simpan dalam freezer.

KUAH KACANG

Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

{+}600 gm kacang tanah - disangai
{+}5 biji bawang besar - mayang
{+}½ cawan cili kering - 1/2 mangkuk cili kisar
{+}1 cawan gula Melaka
{+}1 sudu besar gula pasir
{+}1 cawan minyak mazola
{+}2-3 cawan air
{+}1/2 sudu besar garam halus atau secukup rasa

Cara-cara untuk membuatnya ialah:-

{+}Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai. Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar. Guna air hanya secukupnya untuk gerakkan blender sahaja. Jangan terlalu banyak sangat air.

{+}Panaskan 1 cawan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu. Kalau rasa kurang, boleh tambah sedikit lagi minyak semasa menumis. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili benar benar masak dan naik minyak.

{+}Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah diblend dan 2 - 21/2 cawan air. Bila sudah menggelegak, masukkan gula Melaka, gula dan garam.

{+}Kuah kacang akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi, pandai pandailah nak agak banyak mana air yang hendak diletak.

Nota penting:

{+}Sedap dimakan dengan bawang dan hirisan timun.

{+}Boleh goreng kacang tanah bersama sedikit minyak dan ditumbuk dgn kulitnya sekali hingga separuh halus. Atau Goreng kacang dengan minyak hingga kuning angkat toskan.

{+}Jika lebih, boleh bubuh dalam bekas dan disimpan di dalam freezer untuk tahan lama.

Boleh gunakan beberapa cara untuk memasak sate ini:

{+} Goreng dengan minyak yang agak banyak di dalam kuali hingga garing
{+} Goreng tanpa minyak/ sedikit sahaja minyak di dalam kuali hingga garing
{+} Bakar dalam oven dengan sedikit minyak, pada suhu maksimum dan kacau sekejap-sekejap dan masak hingga agak garing.


RESEPI SATE AYAM DAN KUAH KACANG SEDAP - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+