Selulit adalah perkataan yang pasti akan mengerunkan mana-mana wanita yang mendengarnya apatah lagi yang mengalaminya. Mana taknya, selulit akan membuatkan kulit wanita jadi tak cantik dan secara tak langsung akan mengurangkan keyakinan penampilan diri wanita tersebut.
Apakah punca terjadinya selulit? Faktor utama munculnya selulit ialah pemakanan tidak sihat, perubahan hormon, dehidrasi dan faktor genetik.
Salah satu yang penyebab selulit adalah pemakanan. Ketahui 5 makanan yang mungkin jadi punca terjadinya selulit pada tubuh anda!
1. Makanan bergaram
Kurangkan pengambilan makanan bergaram. Ini kerana garam menyebabkan pembendungan cecair dalam badan dan ia jadi punca pembentukan selulit.
2. Makanan berlemak
Lemak penting untuk fungsi normal badan kita, tetapi jangan ambil dalam jumlah yang berlebihan. Pemendapan lemak akan berubah kepada selulit.
3. Gula berlebihan
Gula adalah pembunuh senyap. Gula mampu meningkatkan pembentukan insulin, yang boleh merangsang pembentukan lebih tisu adipos dan terjadinya selulit.
4. Makanan segera berlebihan
Makanan segera mengandungi perisa tambahan, bahan pengawet dan bahan tambahan lain yang menyebabkan selulit.
5. Makan coklat banyak
Pengambilan coklat boleh menyebabkan selulit. Ini kerana kandungan gula yang tinggi dalam coklat. Kandungan gula tinggi boleh menyebabkan selulit.
from Klik Disini http://ift.tt/1nwrXjo
5 MAKANAN PUNCA SELULIT - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah