1 ayam (atau tulang tulang ayam lebihan roasted chicken dsb)
karot celery, bawang besar, bawang putih, daun parsley, bay leave
garam dan lada hitam
Masukkan kesemua di dalam periuk. Boleh juga jika ingin dimasuk cider vinegar dan biarkan seketika sebelum di masak atas api.
Masak dg api perlahan perlahan hingga mendidih (simmer). sendukkan bahan lemak dari permukaan dari masa ke semasa.
masak hingga 2 - 3 jam. Tapis dalam bekas lain untuk mendapatkan air rebusan ayam yang jernih.
Buangkan kesemua sayuran.
Isi ayam di ambil dan di siak siak kecil untuk dimasukkan ke dalam sup atau dibuat chicken salad.
Rebusan tadi disejukkan di dalam peti sejuk sekejap atau satu malam bagi membolehkan kita membuang lelemak yang membeku di permukaan bagi mendapatkan chicken broth yang jernih.
Chicken broth boleh disimpan di dalam bekas untuk diguna di masa depan dan disimpan di dalam peti sejuk atau freezer untuk disimpan dalam jangkamasa lebih lama.
Resepi Chicken Broth
Bahan bahan:
- 1 ekor ayam (atau tulang tulang ayam lebihan roasted chicken dsb)
- 1 batang karot - hiris
- 1 pelepah celery - hiris
- 1 biji bawang besar - hiris
- 4 ulas bawang putih - ketuk
- 1- 2 helai daun parsley
- Bay leave
- Garam
- Lada hitam - tumbuk kasar
Cara cara:
Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk. Boleh juga jika ingin dimasuk cider vinegar dan biarkan seketika sebelum di masak atas api.
Masak dengan api perlahan perlahan hingga mendidih (simmer). Sendukkan bahan lemak dari permukaan dari masa ke semasa. Masak selama 2 - 3 jam.
Tapis dalam bekas lain untuk mendapatkan air rebusan ayam yang jernih
Buangkan kesemua sayuran. Isi ayam di ambil dan di siak siak kecil untuk dimasukkan ke dalam sup atau dibuat chicken salad.
Rebusan tadi disejukkan di dalam peti sejuk sekejap atau satu malam bagi membolehkan kita membuang lelemak yang membeku di permukaan bagi mendapatkan chicken broth yang jernih.
Chicken broth boleh disimpan di dalam bekas untuk diguna di masa depan dan disimpan di dalam peti sejuk atau freezer untuk disimpan dalam jangkamasa lebih lama.
Nota:
Kali ini saya menyediakannya chicken broth dengan menggunakan slow cooker sahaja.
Menyediakan Sup:
Panaskan chicken broth secukupnya. Masukkan garam, lada sulah dan wantan. Tabur daun bawang dan bawang goreng.