SERI MUKA DELIMA
Lapisan Bawah
Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
[=]500 gm beras pulut
[=]300 ml santan pekat
[=]300 ml air
[=]2 sudu kecil garam
[=]20 gm sagu kecil- rendam dengan air & pewarna merah/pink dan toskan
Cara-cara untuk membuatnya ialah:-
[=]Rendam pulut sekurang kurangnya 4 jam. Basuh bersih beras pulut dan toskan, campurkan dengan santan, air dan garam.
[=]Masukkan ke dalam loyang saiz 10x10x3" yang telah di lapik plastik. Kukus pulut selama 30 minit.
[=]Apabila pulut masak, gaulkan dengan sagu (tak payah sehingga rata) dan tekan pulut di dalam loyang dan sapu sedikit batter/ adunan tepung.
Lapisan Atas
Bahan-bahan untuk membuatnya ialah:-
[=]250 gm gula kaster
[=]100 gm tepung kastard
[=]400 ml santan pekat
[=]400 ml air
[=]4 biji telur
[=]1/2 sudu kecil garam
[=]Beberapa titis esen vanilla
[=]Pewarna kuning
Cara-cara untuk membuatnya ialah:-
[=]Campurkan kesemua bahan sehingga sebati (ikut turutan di atas), blender dan tapiskan ke dalam kuali. Masak dengan api kecil sambil dikacau sehingga naik wap.
[=]Tuangkan ke atas lapisan pulut tadi dan kukus selama 30 minit. Sentiasa lapkan penutup pengukus.
[=]Biarkan sehingga betul betul sejuk sebelum di potong dengan menggunakan pisau plastik.
NOTA:- [=]kurangkan gula dan air sebanyak 50 gram/ml.
KUIH SERI MUKA DELIMA YANG SANGAT SEDAP - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah