AYAM MASAK MERAH
Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah
[+]1 ekor ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh masak
[+]2 kuntum bunga lawang
[+]1 batang kulit kayu manis
[+]2 sudu besar sos cili
[+]60 ml santan
[+]250 ml air
[+]3 biji tomato - belah 4
[+]Garam secukup rasa
[+]Gula secukup rasa - saya tambah
[+]Minyak utk menumis
[+]Kacang peas - opsyenal
Bahan-bahan untuk di kisar halus
[+]4 biji bawang besar
[+]5 ulas bawang merah
[+]5 ulas bawang putih
[+]2 cm halia
[+]15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar
Bahan-bahan untuk di hiris
[+]3 biji bawang besar - lagi sedap kalau pakai bawang holland
[+]5 ulas bawang putih
[+]2 cm halia - hiris jadikan 3 keping
Cara-cara untuk mebuatnya ialah:-
[+]Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata.
[+]Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak.
[+]Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat. Dikacau rata dan biarkan seketika.
[+]Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai. Lepas tu masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.
[+]Masukkan buah tomato dan garam. Masak sehingga pecah minyak. Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah ditutup api.
[+]Jika anda suka, boleh masukkan kacang peas, sebelum ditutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi minyak, nasi briyani atau nasi tomato.
RESEPI AYAM MASAK MERAH MEMANG SEDAP - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah