AYAM PANGGANG BLACKPEPPER
Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
(*)1/2 ekor ayam - potong suka hati
(*)2 inci halia
(*)6 ulas bawang putih
(*)4 sudu besar sos tiram
(*)Coarse black pepper secukupnya
(*)Sedikit madu
(*)Sedikit garam
(*)Sedikit minyak zaitun - renjis
cara-cara utnuk membuatnya ialah:-
(*)Kisar halia dan bawang putih sehingga halus. Lumur pada ayam. Satukan sos tiram dan madu. Lumur lagi pada ayam. Akhir sekali tabur serbuk lada hitam.
(*)Masukkan ke dalam loyang bersesuaian. Renjis dengan minyak zaitun. Bakar pada suhu 150C sehingga ayam masak. Saya bakar lama dalam 1 jam dengan diterbalikkan dan direnjis minyak dari masa ke semasa.
Nota penting:-
(*)Boleh juga dimasukkan ubi kentang, karot dan dibakar sekali. selamat mencuba yaa
RESEPI AYAM PANGGANG BLACKPEPPER YANG UMPHH! - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah