BLUEBERRY MUFFIN
Bahan-bahan yang anda perlu sediakan ialah:-
<.>3 sb butter
<.>2/3 cawan gula kaster
<.>1 biji telur - pukul
<.>1/2 cawan susu
<.>1 1/2 cawan tepung gandum
<.>2 sk baking powder
<.>1/2 sk garam
<.>1 - 1 1/2 cawan fresh blueberries
<.>1 sk vanilla extracts (saya tambah hehe)
cara-cara untuk membuatnya ialah:-
<.>Putar mentega bersama gula sebelum dimasukkan telur. Kemudian masukkan susu.
<.>Masukkan pula tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan akhir sekali masukkan garam.
<.>Kemudian masukkan fresh blueberries yang telah dilap kering dengan kertas tisu. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin yang telah di spray dengan canola oil atau masukkan ke dalam cawan kertas.
<.>Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20-25 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven.
<.>Semasa masih panas, berus sedikit mentega cair dan taburkan dengan sedikit gula di atasnya. Kalau tak suka, pun boleh dibiarkan begitu sahaja. Sejukkan atas redai.
<.>Sedap dimakan semasa masih panas panas. 1 adunan hanya menghasilkan 9 biji muffin menggunakan cawan kertas di atas.
RESEPI BLUEBERRY MUFFIN YANG SANGAT SEDAP - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah