-->
Sabtu, 16 Januari 2016

RESEPI CHICKEN CHEESE BALL YANG SEDAP


Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

(*)500g Ayam/Daging Kisar
(*)200g Cheese (Mozzarella, Cheddar, Parmesan)
(*)300g Breadscrumb (Serbuk Roti)
(*)400g Tepung Ubi
(*)3 Biji Kentang
(*)1 Biji Telur (Putih Sahaja)
(*)Sedikit garam
(*)Sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-

1. (*)Kupas kentang dan rebuskan kentang dengan sedikit garam sehingga empuk. Toskan dan lenyek sehingga hancur.

2. (*)Campur kentang lenyek tersebut bersama-sama Ayam/Daging kisar.

3. (*)Campurkan tepung ubi secukupnya dengan garam dan serbuk lada hitam. Masukkan tepung sikit-sikit sehinggalah adunan boleh dibentuk.

4. (*)Bentukkan adunan tadi menjadi bebola doh sebesar bola ping pong.

5. (*)Leperkan bebola untuk disumbatkan cheese (Lagi banyak cheese lagi sedap). Tutup dan bentukkan kembali kepada bulat.

6. (*)Pecahkan telur (Putih Sahaja) dan pukul sehingga kembang. Sediakan sepinggan breadscrumb (Serbuk Roti).

7. (*)Celup bebola tadi didalam telur. Golek-golekkan sehingga sekata.

8. (*)Golek-golekkan bebola atas breadscrumb pula. Golek sehingga serbuk roti tu kena pada semua tempat.

9. (*)Goreng homemade Chicken Cheezy Balls anda dengan suhu api dapur yang sederhana untuk mengelakkan hangus hitam.

10. (*)Siap untuk Dihidangkan.



RESEPI CHICKEN CHEESE BALL YANG SEDAP - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+