-->
Minggu, 03 Januari 2016

RESEPI COKLAT FAMOUS AMOS YANG RANGUP DAN SEDAP

COKLAT FAMOUS AMOS

COKLAT FAMOUS AMOS

Bahan-bahan (A) ialah:-

(-)1/4 cawan gula kaster
(-)1/2 cawan gula perang
(-)1/2 cawan mentega (~+75 gm)
(-)1/2 cawan minyak jagung
(-)1 biji telur gred B
(-)1/4 sk garam
(-)1/2 sb susu segar @ susu tepung
(-)1/2 sk vanilla extract

Bahan-bahan (B) ialah:-

(-)2 cawan tepung gandum (ayak)
(-)1 sb serbuk koko (ayak)
(-)1 sb tepung jagung (ayak)
(-)1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
(-)1/2 sk soda bikarbonat
(-)1/2 cawan walnut cincang/almond nib (boleh ganti biji bunga matahari)
(-)1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara-caranya ialah:-

(-)Satukan kesemua bahan-bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk.
(-)Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbonat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.
(-)Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.
(-)Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.

RESEPI COKLAT FAMOUS AMOS YANG RANGUP DAN SEDAP - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+