RESEPI COKLAT LASAGNA MELELEH
Bahan lapisan dasar
(*)24 keping biskut oreo – dikisar bersama krimnya
(*)100 gm bijirin sarapan Milo – dikisar
(*)100 gm mentega – dicairkan
Cara penyediaan lapisan dasar
1. (*)Campurkan kesemua bahan dan gaul rata. Ketepikan.
Bahan A
(*)200 gm krim keju – suhubilik
(*)1 cawan krim putar bukan tenusu (non-dairy whipping cream)
(*)100 gm gula kastor
(*)2 sudu besar susu segar
Cara penyediaan bahan A
1.(*)Pukul krim keju sehingga lembut.
2.(*)Masukkan gula kastor dan pukul lagi sehingga lembut dan gebu.
3.(*)Masukkan susu segar dan pukul sebati. Ketepikan.
4.(*)Di dalam bekas yang berlainan, pukul krim putar bukan tenusu hingga lembut dan kental.
5.(*)Kemudian campurkan ke dalam adunan krim keju tadi. Kaup balikkan dengan menggunakan spatula.
6.(*)Masukkan adunan ke dalam beg pastry (piping bag).
Bahan B
(*)1/4 cawan tepung jagung
(*)1/2 cawan gula kastor
(*)1/8 sudu kecil garam
(*)1 1/2 cawan susu segar
(*)1 1/2 cawan santan pekat
(*)185 gm coklat masakan – dicincang
(*)1 sudu kecil esen vanila
(*)1 sudu besar coklat emulco
Cara penyediaan bahan B
1.(*)Campurkan tepung jagung, gula dan garam ke dalam bekas.
2.(*)Kemudian campurkan susu segar, santan dan kacau perlahan. Masakkan secara periuk berlapis (double boiler)dengan api sederhana.
3.(*)Sentiasa kacau adunan sehingga ianya sebati dan pekat. Masak antara 15 - 20 minit.
4.(*)Masukkan coklat masakan dan coklat emulco. Kacau sehingga sebati dan pekat.
5.(*)Alihkan dari api dan masukkan esenvanila. Kacau rata.
6.(*)Ketepikan dan sejukkan.
Cara penyediaan coklat lasagna
1.(*)Masukkan campuran biskut oreo ke dalam bekas sebagai dasarnya. Padatkan.
2.(*)Kemudian paipkan adunan Bahan A di atasnya.
3.(*)Lapiskan atasnya dengan lapisan Bahan B. Ratakan.
4.(*)Paipkan lagi adunan Bahan A.
5.(*)Akhir sekali hiaskan atasnya.
RESEPI COKLAT LASAGNA MELELEH - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah