Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
1 kg daging kambing
[•] kambing dibersihkan dan dipotong kiub saiz sederhana
[•] gaul bersama 1 sudu serbuk kunyit dan sedikit garam
[•] rebus dgn sedikit air hingga air kurang atau daging cukup masak
Bahan-bahan untuk di Kisar :–
(_)7 ulas bawang merah
(_)5 ulas bawang putih
(_)2 inci halia
(_)1-2 batang serai
Bahan-bahan Lain pula:-
(_)1 labu bawang besar (dihiris)
(_)2-3 biji ubi kentang (potong empat)
(_)2 biji tomato (potong empat)
(_)2 tangkai cili hijau (dihiris)
(_)2 tangkai cili merah (dihiris)
(_)1 tangkai daun kari sedikit daun ketumbar
(_)1 keping kayu manis
(_)1 bunga lawang
(_)3 biji pelaga
(_)1/2 sudu biji jintan putih
(_)1/2 sudu biji jintan manis
(_)1/2 sudu serbuk ketumbar
(_)3 sudu serbuk cili
(_)1 sudu serbuk garam masala
(_)2 gelas air
(_)Minyak masak
Cara-cara untuk Memasak ialah:-
1. (_)Panaskan minyak dalam kuali. Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji jintan putih dan jintan manis.
2. (_)Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan tumis hingga bau wangi.
3. (_)Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari. Kacau seketika dan masukkan tomato.
4. (_)Kemudian, masukkan daging kambing yang telah direbus tadi. Kacau bersama ubi kentang. Tambahkan air, serbuk cili, garam dan aji secukupnya. Kacau sebati. Tutup periuk dan biarkan mendidih.
5. (_)Apabila kentang dah masak, boleh masukkan serbuk ketumbar dan garam masala. Gaul sebati dan biarkan seketika.
6. (_)Pastikan cukup rasa, daging pun dah masak. Taburkan daun ketumbar dan gaul. Padamkan api. Hidangkan.
RESEPI DAGING KAMBING MASALA SPECIAL - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah