GULAI DAGING
Bahan-Bahan Yang perlu anda sediakan ialah:-
(^)1 kg daging bahagian tulang
(^)1 mangkuk rebung, dihiris dan rebus
(^)2 sudu besar kerisik
(^)1 sudu besar minyak sapi
(^)1/2 senduk minyak masak
(^)2 cawan santan pekat
(^)1 cawan santan cair
(^)daun kari
(^)sedikit gula melaka
(^)garam secukup rasa
Bahan-bahan untuk di Kisar:–
(^)1 biji bawang besar
(^)6 ulas bawang putih
(^)2 inci halia
Bahan-bahan untuk Rempah Tumis:–
(^)1 batang kayu manis
(^)3 kuntum bunga lawang
(^)2 btg cengkih
(^)6 biji buah pelaga
(^)1/2 sudu kecil lada hitam
Bahan-bahan untuk Pes Rempah:–
(^)1 bungkus rempah kari daging
(^)1 sudu besar serbuk cili
(^)1 sudu kecil serbuk jintan manis
(^)1 sudu kecil serbuk ketumbar
(^)1 sudu kecil serbuk jintan putih
Cara-cara untuk Memasaknya ialah:-
1. (^)Rebus daging bertulang dengan kadar air paras menutupi daging sehingga lembut. Kalau menggunakan pressure cooker, masa memasak bergantung kepada jenis pressure cooker anda. Jika rebus menggunakan kaedah biasa, anggaran masa merebus dalam 1.5 hingga 2 jam.
2. (^)Panaskan minyak masak dan minyak sapi di dalam periuk. Tumis ‘Bahan Kisar’, daun kari dan ‘Bahan Rempah Tumis’ sehingga kekuningan dan naik bau.
3. (^)Bancuh ‘Bahan Pes Rempah’ dengan sedikit air dan tuang ke dalam periuk. Kacau sehingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak.
4. (^)Masukkan ketulan daging bertulang bersama air rebusan sekali. Kemudian masukkan rebung, kerisik dan santan cair. Masak sehingga mendidih.
5. (^)Masukkan santan cair dan teruskan masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Masukkan sedikit gula melaka dan garam secukup rasa.
Tips Penting:-
(^)Rebus daging sehingga lembut dan sejukkan kuah rebusan, kemudian kuah boleh dimasukkan ke dalam peti ais. Jika anda tidak suka gulai yang terlalu berlemak, buang lemak sejuk yang beku di permukaan.
RESEPI GULAI DAGING ALA UTARA YANG TERLAJAK SEDAP BAQHANG - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah