-->
Sabtu, 09 Januari 2016

RESEPI IKAN 3 RASA YANG TERAMAT SEDAP

IKAN 3 RASA

IKAN 3 RASA

Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

[=]1 ekor ikan siakap - (boleh kukus atau goreng garam kunyit)
[=]100 ml air - boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
[=]2 sb minyak - untuk menumis
[=]Garam secukupnya

Bahan-bahan untuk di Cincang Halus:-

[=]5 ulas bawang merah
[=]3 ulas bawang putih
[=]3 cm halia muda
[=]2 biji cili merah

Bahan-bahan untuk Dihiris Halus:-

[=]1/2 kuntum bunga kantan
[=]2 helai daun limau purut
[=]4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan untuk Sos:

[=]2 sb cili kisar
[=]1 sb sos tomato
[=]2 sb sos cili
[=]2 sb sos plum - guna sos ikan
[=]1 sk kicap manis
[=]1 sb jus limau nipis/lemon
[=]2 sb gula pasir


Cara-Cara untuk menyediakan ialah:-

[=]Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. Kukus hingga ikan masak.

[=]Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.

[=]Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata.

[=]Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa. Masak hingga kuah pekat sedikit.

[=]Tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah digoreng.

[=]Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.


RESEPI IKAN 3 RASA YANG TERAMAT SEDAP - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+