IKAN TENGGIRI MASAK CUKA
Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
(&)2 keping ikan tenggiri – lumur garam kunyit
(&)1 - 1 1/2 sudu besar cuka
(&)1 sudu kecil biji sawi
(&)Garam
(&)Gula
(&)Sedikit serbuk kunyit - opsyenal
Bahan-bahan untuk di Hiris:
(&)3 ulas bawang putih
(&)2 cm halia
(&)1 biji cili merah dan cili hijau
(&)1 labu bawang besar - potong bulat
Cara-cara untuk membuatnya ialah:-
(&)Ikan digoreng garing. Angkat dan ketepikan.
(&)Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan hiris sehingga layu. Masukkan air secukupnya. Masak sehingga mendidih. Saya masukkan sedikit sahaja air kerana tidak suka berkuah.
(&)Masukkan cuka, garam dan gula secukupnya. Akhir sekali, masukkan ikan goreng tadi dan biar mendidih sebentar. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK CUKA YANG PASTI LAZAT - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah