KEK MARBLE
Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
[+]8 oz/227gm mentega
[+]6 oz/170gm tepung gandum
[+]6 oz/170gm gula kaster
[+]5 biji telur dari fridge
[+]3 sb susu pekat
[+]1 sk baking powder
[+]1 sk esen vanilla
[+]1 sb ovalette
[+]-4 sudu makan serbuk koko -(diayak) (guna coklat emulco)
Cara-cara untuk membuatnya ialah :-
[+]Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.
[+]Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.
[+]Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.
[+]Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.
[+]Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.
[+]Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. Saya guna suhu 170C selama 50 minit.
Nota penting:-
[+]Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit krn adunan mesti kembang dan rata.
[+]Jika menggunakan cara biasa, telur tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana ia susah sebati dengan adunan mentega
RESEPI KEK MARBLE SANGAT LEMBUT DAN GEBU GEBAS - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah