Oleh kerana dah selalu sangat makan kerang rebus, hari ni saya nak nak kongsi resepi Kerang Goreng Kicap. Resepi ni memang simple, tak guna banyak bahan dan cepat je siap. Berebut-rebut Mr. Hubby dan Hasya makan (maksudnya, sedap sangat ler tu). FYI, saya goreng dengan kulit-kulitnya sekali. Barulah syok dorang mengopek kerang masa nak makan tu. Silalah cuba, memang simple dan sedap.
Kerang Goreng Kicap
Bahan-bahan
- 1kg kerang - cuci jgn sampai berpasir, nanti makan pasir
- 1 labu bawang merah besar (hiris) - boleh letak 2 pun
- 2 batang cili merah (hiris)
- 2 ulas bawang putih (hiris)
- 2 inci halia (hiris)
- kicap manis secukupnya
- 1sb gula
- 1sb sos tiram
- garam secukup rasa
Cara-cara
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan hiris sehingga layu.
Masukkan kerang, kicap dan sos tiram. Kacau sebati. Masukkan gula dan garam. Kacau sekali-sekala sehingga kerang masak. Kalau kerang dah terbuka tu tandanya dah masak.
Nota: Tak perlu tambah air sebab kerang tu akan mengeluarkan air.
Dah siap. Sila makan dengan nasi putih.