-->
Senin, 25 Januari 2016

Resepi Bingka Ubi Yang Lembut dan Sedaaaap

Resepi Bingka Ubi Yang Lembut dan Sedaaaap
Resepi Bingka Ubi - Minum petang ita hari ini dengan bingka ubi. Dah lama nak buat bingka ubi.. bila nampak Yatie buat hari tu.. terus tergoda. Kebetulan baki ubi yang ita buat belebat ubi hari tu masih ada. jadi tak tunggu lagi terus godek-godek di dapur. Resepi pulak tu cukup mudah dan simple. Humban semua dah siap sebiji kuih untuk hidangan minum petang.

Ita memang cukup suka dengan bingka ubi. Lebih lagi kalau ada kerak-kerak dia tu.. kerak tu yang sedap sangat.. Emak ita dulu selalu buat bingka ubi. Tapi biasanya emak menggunakan gula merah atau gula Melaka. Bingka ubi  dari Kak Ann ini pula menggunakan gula pasir. lagi senang tak payah nak masak gula.

Sedap bingka ubi kak Ann ni.. lembut aje.. Tapi ita lebihkan sikit gula.. sebab ita tahu kawan-kawan yang kongsi resepi semuanya gula secukup rasa aje.. sedangkan ita kalau kuih lama ni ita suka yang manis-manis.. Tapi kalau anda tak suka manis., ikut aje sukatan yang dah kak ann berikan.. hasilnya pasti yang terbaik

Terima kasih pada Kak Ann yang sudi kongsikan resepi yang sedap ni. Terima kasih juga buat rakan-rakan yang panjang-panjang kan resepi ini. Oh ya sebelum tu nak minta maaf sebab ita tak dapat nak letak link blog kak Ann  dan Yatie, sebab ita rasa kedua-dua blog ini ada problem lah linknya. Atau ita aje yang tak dapat bukak link tu.. nanti kalau boleh bukak ita letakkan linknya ya.

BINGKA UBI
Resepi Oleh : Kak Ann Periuk Tanah
Rujukkan : Yatie

Bahan-bahan
  • 4 cawan ubi kayu siap diparut - tak boleh bagi sukatan ubi kayu dalam kg sebab ubi kayu ni kadangkala ada yang keras dan tak boleh diparut. Susut isinya pulak. Jadi yang tepat, sukat setelah diparut(sy xparut sb xde pemarut, blend sikit2, tapis air n gnakan air yg sma utk blend seterusnya)
  • 2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa
  • 1 cawan gula pasir ~ ita lebihkan sikit gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya

Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius (api atas dan bawah. Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 X 7 inci (atau 6 X 6- bingka agak tebal. Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata. Ratakan. * kalau guna loyang 8x8 pun ok.

Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bengkang selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan. Setelah masak, keluarkan dan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.

Tips Kak An: Kak An kata ramai yang tanya kenapa bengkang Kak An lembut dan lemak manis, Kak An kata kalau nak macam tu juga, ikut resepi ni, jangan tambah atau kurangkan. Banyak resepi kuih berasaskan ubi kayu yang Kak An baca dalam majalah atau blog mempunyai arahan berbeza dalam penyediaannya. Contohnya ada yang dicampur air, ditapis dan buang hampasnya, ambil sagunya sahaja dan kemudian dicampur tepung...

Bagi Kak An mudah sahaja; ubi kayu yang siap diparut tu, terus dicampur santan, gula, garam dan masuk loyang terus. Kacau, dan masak... tak perlu tepung sebab ubi kayu ni dah berkanji... loyang pun tak perlu dilengser kerana santan pekat menyebabkan kuih tidak melekat dan senang dipotong dengan syarat kuih telah cukup disejukkan


Baca juga : Tips Membuat Risoles Kentang Yang Renyah dan Gurih

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+