Laksa yang digunakan selalunya laksa beras buatan sendiri. Orang sini panggil laksa chap. Selalu ada jual dipasar pagi. Jika susah nak dapat laksa chap, boleh je pakai laksa kasar kering biasa, direndam dahulu semalaman barulah direbus lembut.
Kuahnya harum dengan campuran bawang merah, serai yang diketuk, daun kesum dan bunga kantan.
Selain tu pengunaan ulam-ulam kampung menyerlahkan keaslian Laksa Kedah ni. Antara ulam yang digunakan ialah daun selom, daun ulam raja. daun pucuk jangguih(gajus), dan pucuk putat. Ulam tersebut dihiris halus dan digaul sekali. Dan bahan biasa yang lain ialah telur rebus, bawang besar dan timun. Begitu juga limau nipis dan cili padi potong.
Dan orang Kedah style bila makan laksa kena tuang sedikit kicap semasa nak makan tu. Kicap yang digunakan ialah kicap pekat manis. Kicap cair tak berapa sedap. Maca orang Penang makan Laksa Penang dengan Petis.
Resepi Laksa Kedah
Bahan-bahan :
- 1 bungkus laksa kasar (besar) - direndam dan direbus
- 1 kg ikan selayang (sardin) direbus bersama asam keping dan sedikit garam
- 4 ulas bawang merah
- 1 1/2 sudu kecil belacan
- 20 biji cili padi (ikut nak pedas mana)
- 4 keping asam keping
- 2-3 tangkai daun kesum
- 2 batang bunga kantan - dibelah
- 3 batang serai - diketuk
- Telur rebus secukupnya
- Limau nipis - dipotong
Bahan ulam (dipotong halus dan nipis) :
- Daun pucuk jangguih (gajus)
- Daun ulam raja
- Daun Selom
- Daun pucuk putat
- Timun
- Cili padi
- Bawang besar
Cara Membuatnya
- Ikan selayang rebus diasingkan isinya. Isi ditumbuk halus.
- Tulang ikan dikisar bersama air rebusan ikan. Lepa kisar tapis dengan penapis (raga) plastik yang berlubang kasar. Tapis dua hingga 3 kali sehingga nampak tulang putih yang tinggal tu.
- Bawang merah, cili padi dan belacan dikisar.
- Campurkan isi ikan, air tapisan tulang ikan, bahan kisar (cili dan bawang) didalam periuk sekali. Jika terlalu pekat tambah air.
- Masukkan asam keping dan rebuslah sehingga mendidih. Rebus lama supaya kuah menjadi mesra dan lebih sedap. Perasakan garam secukup rasa.
Cara hidang :
Letak laksa yang direbus dalam pinggan dan tuang kuahnya. Tabur ulam-ulaman, cili padi, dan telur rebus. Perah sedikit limau dan tuang sedikit kicap pekat manis. Sedia untuk dimakan.