Laksam Kelantan
Bahan-Bahan Yang perlu anda sediakan ialah:-
Laksam –
(*)2 cwn tepung beras
(*)1/2 cwn tepung gandum
(*)2 sudu kecil tepung ubi
(*)secubit garam
(*)4 cwn air suam
Kuah –
(*)1/2 kg ikan selayang/sardin/kembung
(*)sedikit halia
(*)5 biji bawang merah
(*)sedikit serbuk lada hitam
(*)3 cwn santan (dari 1 biji kelapa)
(*)sedikit asam keping
(*)sedikit gula
Cara Membuat:
Laksam –
1. (*)Campur semua bahan dan gaul sebati. Perap dlm setengah jam.
2. (*)Sementara tu sediakan periuk kukusan atas api.
3. (*)Guna pinggan makan/ dulang untuk ganti loyang (ada loyang lagi baik)
4. (*)Letak pinggan tu dlm periuk kukusan. Tuang 2 senduk dan ratakan sampai nipis. Kukus sampai keras.
5. (*)keluarkan dan tunggu suam terus gulung. Gunting sederhana tebal.
Kuah –
1. (*)Rebus ikan dengan air dalam periuk. Paras air sama dengan paras atas ikan.
2. (*)Masukkan satu asam keping dan sedikit garam.
3. (*)Bila ikan sudah masak, keluarkan. Air rebusan jangan dibuang.Buang tulang ikan.
4.(*)Kisar isi ikan dengan halia, bawang merah dan air rebusan. Masakkan bahan kisaran dalam periuk.
5.(*)Tambahkan serbuk lada hitam, garam, satu lagi asam keping dan sedikit gula.
6. (*)Masukkan santan. Masak hingga kuah agak pekat.Tutup api.
Ulam –
1. (*)kacang panjang, kobis, daun kesum, bunga kantan, daun ketumbar – semua hiris halus dan campurkan bersama.
2. (*)Taugeh – direndam dalam air panas sebentar
3. (*)Timun – buang kulit, buang tengah dan hiris panjang
Sambal –
1. (*)Rebus semua cili selama 5 minit.
2. (*)Buang air rebusan dan tumbuk semua cili dengan sedikit garam.
3. (*)Tambahkan belacan dan sedikit air perahan limau nipis.
Hidangkan laksam bersama kuah dan ulam-ulaman.
RESEPI LAKSAM KELANTAN YANG SEDAP - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah