-->
Jumat, 22 Januari 2016

Resepi Lala Masak Masam Manis Yang Menjadi Kegilaan

Resepi Lala Masak Masam Manis Yang Menjadi Kegilaan
Resepi Lala Masak Masam Manis - Selamat berhujung minggu dan hari ini lebih istimewa kerana anak-anak semua cuti sekolah selama seminggu. Seronok masak dan melayan permintaan dari anak anak-anak dan keluarga bila semuanya berkumpul.

Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi resipi mudah dan cepat iaitu siput lala atau retak seribu masam manis. Sedap gandingkan dengan nasi panas dan makan beramai-ramai. Memang membuka selera. bagi yang ingin mencuba jom kita lihat resipi mudah ini.

Lala Masak Masam Manis

Bahan Bahan A - Tumis
  • 1/2 inci halia - di hiris
  • 1 ulas bawang putih - di cincang

Bahan Bahan B - Sos
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh gula

Bahan Bahan C
  • 1 Kg siput Lala - di bersihkan
  • 1 cawan air larutkan bersama 1 sudu teh tepung jagung
  • minyak untuk menumis
  • 1 biji telur - di pukul
  • 1/2 labu bawang holland - di hiris
  • 1 tangkai cili merah - di hiris
  • garam secukup rasa

Cara Membuat Lala Masak Masam Manis

1. Masukkan minyak kedalam kuali, tumis semua bahan-bahan A sehingga wangi.

2. Tuang bahan sos iaitu sos tomato, sos cili, sos tiram dan gula kedalam bahan tumisan sambil di kacau hingga sebati.

3.  Seterusnya masukkan siput Lala kedalam bahan sos sambil di kacau dan masukkan bawang holland, cili merah, gula dan air.

4. Masak hingga mendidih dan lala terbuka dan masukkan garam secukup rasa.

5. Seterusnya tuang telur yang di pukul tadi, biarkan sebentar dan kacau sehingga telur sebati dengan kuah.

6. Hidangkan dengan nasi panas.

Selamat mencuba


Baca juga : Resep Es Gabus, Jajanan Semasa Kecil Yg Penuh Kenangan

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+