RESEPI MAGGIE GORENG SOSEJ
Bahan-Bahan Yang perlu anda sediakam ialah:-
[+]6 paket mee maggie (dipatah-patahkan kecil)
[+]5 batang sosej ayam – dipotong kecil menyerong
[+]2 sudu besar cili kering kisar
[+]2 labu bawang besar – didadu
[+]5 ulas bawang putih – dicincang
[+]1 batang lobak merah – dihiris halus
[+]secekak sawi – dikerat-kerat
[+]1 kiub pati ayam
[+]2 sudu besar kicap pekat manis ABC
[+]2 sudu besar sos cili
[+]2 sudu besar rempah daging
[+]2 1/2 cawan air atau secukupnya
[+]garam secukup rasa
[+]1/4 cawan minyak masak untuk menumis
Cara-cara untuk memasaknya ialah:-
1. [+]Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
2. [+]Masukkan cili kisar dan rempah, kacau sebentar.
3. [+]Masukkan kicap, sos cili dan sosej ayam dan gaul sebati.
4. [+]Masukkan lobak merah dan air secukupnya.
5. [+]Bila mendidih, masukkan maggie yang dipatah-patahkan tadi dan kiub pati ayam.
6. [+]Gaul rata hingga maggie nampak sudah kembang masak dan mengering.
7. [+]Masukkan sawi dan garam secukup rasa. Gaul rata hingga maggie benar-benar masak.
8. [+]Angkat dan hidangkan.
RESEPI MAGGIE GORENG SOSEJ LAZAT - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah