PAI AYAM LAZAT
Bahan-Bahan Yang perlu anda sediakan ialah:-
[*]500 gm puff pastry
[*]400 gm dada ayam |dipotong kiub
[*]30 gm mentega
[*]1 biji bawang besar kuning
[*]2 ulas bawang putih |dicincang halus
[*]200 ml air rebusan ayam
[*]1 sudu teh tepung jagung
[*]2 sudu makan krim masakan
[*]Garam dan lada sulah secukup rasa
[*]2 biji kuning telur | sebagai bahan sapuan
Cara-cara untuk membuatnya ialah:-
1. [*]Panaskan mentega dan masukkan bawang putih dan bawang holland.
2. [*]Goreng hingga wangi, masukkan dada ayam dan air rebusan ayam.
3. [*]Masak hingga ayam empuk, masukkan krim masakan dan tepung jagung yang dilarut dengan sedikit air.
4. [*]Akhir sekali masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Sejukkan inti sebelum digunakan.
5. [*]Canai puff pastry dan terapkan dengan penerap bulat. Masukkan ke dalam acuan pai.
6. [*]Masukkan inti di tengah , sapu kuning telur di tepi permukaan dan letakkan satu keping ‘puff pastry’ yang diterap bulat. Tekan dengan garpu ditepi permukaannya.
7. [*]Cucuk lubang ditengah supaya apabila bakar permukaan atas tidak tertanggal. Sapu dengan sedikit kuning telur.
8. [*]Bakar selama15- 20 minit pada suhu 200’c. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
RESEPI PAI AYAM LAZAT - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah