-->
Senin, 25 Januari 2016

Resepi Pau Gebu & Lembut Meletop Banget

Resepi Pau Gebu & Lembut Meletop Banget
Resepi Pau Gebu & Lembut - Petang ni saya menyempatkan diri buat sedikit Pau untuk peneman Nescafee O.Semalam sebok mencari resepi pau yang simple dan yg pastinya haruslah mengguna tepung gandum sahaja...malas pi cari tepung pau...lebih2 lagi cuaca sekarang yg sangat panas...skejap datang hujan skejap panas terik.Maka terjumpa la resepi Pau Gebu & Lembut di dapur Noreen.Tengok bahan2nya memang simple,jadi kita pun ambik la resepinya.

Ermmm...hasilnya memang gebu & lembut.Suka sangat dan puas hati.Inti kita kasi peanut n kacang hitam aja.So terpulang pada selera memasing la ya...jika mahu inti yg sedap..rajin2 la skodeng di google...pastinya banyak resepi inti pau yang menarik.

Saya banyak buat kesilapan time buat Pau ni...hihihi.Pau tak berapa mulus sebab tak balut tudung periuk dg kain..pastu bila pau dah masak...saya biarkan dalam pengukus...maka merajuk la ia dan terjadilah bekas2 jerawat.Oh ya,untuk doh Pau pula saya letak 1 tsp pandan paste sebab doh mengguna tepung gandum dan saya tak mau pau yg kelihatan kuning.Jom kita lihat resepinya....

PAU GEBU DAN LEMBUT

Bahan-bahan (10 biji)
  • 250gm tepung pau atau tepung gandum (saya guna tepung gandum)
  • 3gm (1 tsp) yis
  • 2gm (1/2 tsp) baking powder (saya guna D A baking powder)
  • 50gm (4 tbsp) gula castor
  • 20gm (1 tbsp) lemak sayuran
  • 2gm (1 tsp) bread softener-optional klu tiada pun pau masih lg gebu & lembut
  • 1/2 cawan air suam (yg ni sy tambah lg air sampai doh elok diuli)
  • Inti secukupnya (sesuai selera)

Cara Membuat Pau Gebu & Lembut

1.Satukan tepung,yis,baking powder,gula dan bread softener ke dalam mangkuk adunan

2.Ulikan sebati dengan memasukkan air sedikit demi sedikit

3.Masukkan lemak sayuran dan ulikan lagi sehingga doh menjadi kental dan tidak melekat
   di tangan.

4.Jika menggunakan breadmaker masukkan semua bahan mengikut turutan air suam-yis-tepung-
   baking powder-gula-bread softener-lemak sayuran

5.Kemudian pilih menu doh (tidak perlu menunggu sehingga doh siap selama 1 1/2 jam cukup
   sekadar 10 minit atau sehingga doh sebati dan bolehlah dikeluarkan dari BM)

6.Setelah itu bahagikan doh kepada 10 bahagian dengan setiap satu seberat 45gm dan bentukkan
   menjadi bulat.

7.Ambil satu doh kecil tadi dan leperkan di tapak tangan dan letakkan satu sudu kecil inti yang
   disukai dan tutupkan semula menjadi bentuk bulat.
   Lakukan sehingga habis.

8.Kemudian biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 minit atau 1 jam.

9.Sementara itu panaskan kukusan dan pastikan setelah air mendidih barulah dimasukkan doh2
   tadi dan kukuskanlah selama 10 minit.

Note:Air kukusan perlulah betul-betul panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yang gebu dan lembut.

Jemput mencuba ya.

Baca juga : Tips Membuat Kulit Tortilla Yang Lembut, Empuk dan Mudah di Gulung

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+