-->
Jumat, 08 Januari 2016

Resepi Red Velvet Cheese Brownies Yang Paling Lembut, Mois dan Sedap

RED VELVET CHEESE BROWNIES

RED VELVET CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

[+]2 1/2 cawan all-purpose flour
[+]1 sk garam
[+]2 sb cocoa powder
[+]1 1/3 cwn vegetable oil (atau 113gm mentega - mesti dicairkan)
[+]1 cwn buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cawan susu)
[+]1 sb red food colouring
[+]1 sk vanilla extract
[+]2 biji telur gred A - suhu bilik (boleh guna 2 saiz B je)
[+]1 1/4 cawan gula kaster
[+]1 sk white distilled vinegar
[+]1 sk baking soda

Cara-cara untuk menyediakannya ialah:-

[+]Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.

[+]Satukan tepung gandum, serbuk koko dan garam sebelum diayak. Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.

[+]Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan 1/2 dari tepung diikuti dengan buttermilk dan akhir sekali kesemua baki tepung.

[+]Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.

[+]Masukkan adunan ke dalam loyang 4 persegi saiz 9x9 atau 10x10 inci yang telah diletakkan baking paper. Ketepikan lebih kurang 2-3 sudu besar adunan kek untuk dibuat corak atas lapisan cheese nanti.

[+]Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 50 minit hingga 1 jam atau sehingga kek masak. Sementara kek dibakar, boleh sediakan adunan cheese.

[+]Setelah kek masak, boleh ditekan tekankan sedikit kek jika ianya agak meninggi. Kemudian tuangkan adunan cheese dengan tak perlu disejukkan. Ratakan lapisan cheese.

[+]Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi ke dalam piping bag dan paipkan secara melintang sehingga habis. Kemudian lorekkan secara ulang alik menggunakan lidi bersih atau corak mengikut kreativiti masing masing.

[+]Sambung membakar selama 30 minit lagi atau hingga masak. Biarkan betul betul sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk. Akhir sekali dipotong dengan pisau yang dicelup dengan air panas dan lap sebelum digunakan.

Lapisan Cheese

Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

[+]350 gm cream cheese
[+]1 cawan gula ising
[+]1 biji telur gred A (boleh guna gred B)
[+]1 sb jus Lemon

Cara-cara untuk menyediakannya ialah:-

[+]Dengan menggunakan electric mixer, putar cream cheese hingga berkrim. Masukkan gula icing dan pukul hingga sebati. Kemudian masukkan telur dan putar lagi hingga sebati. Kemudian masukkan jus lemon dan putar lagi. Tuangkan atas brownies yang telah masak tadi dan ratakan.

Nota penting yang anda harus tahu:-

[+]Buangkan baking paper dari brownies dan simpan brownies dalam peti ais utk mendapatkan rasa yang lebih sedap dan brownies juga lebih mudah dan cantik dipotong bila sejuk.
[+]Untuk membakar selepas dimasukkan lapisan cheese, boleh lah menggunakan api bawah sahaja apabila permukaan cheese mula menampakkan warna keperangan.
[+]Boleh juga jika ingin menggunakan tepung gandum biasa, cuma tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat (kemudian ayakkan sekali dgn tepung dan serbuk koko). Shiela menggunakan tepung kek  yang boleh dibuat sendiri iaitu bagi 1 cawan, masukkan 2 sudu besar tepung jagung dan selebihnya dengan tepung gandum.
[+]Untuk mendapatkan potongan yg licin dan cantik, gunakan pisau yang dipanaskan terlebih dahulu.


RESEPI RED VELVET CHEESE BROWNIES YANG PALING SEDAP - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+