SUP DAGING BEREMPAH
Bahan-Bahan Yang perlu anda sediakan ialah:-
["]1kg daging | dihiris
["]1 bungkus perencah serbuk sup Adabi
["]1 batang kulit kayu manis
["]2 kuntum bunga lawang
["]2 biji buah pelaga
["]1 biji lobak merah | dihiris
["]2 biji ubi kentang | dipotong dadu
["]Air secukupnya
["]Garam dan gula secukup rasa
["]Minyak untuk menumis
Bahan-bahan untuk di Kisar ialah:-
["]5 biji bawang merah
["]3 ulas bawang putih
["]2cm halia
Bahan-bahan untuk Hiasan ialah:-
["]1 tangkai daun bawang
["]1 tangkai daun sup
["]1 sudu makan bawang goreng
Cara-cara untuk Memasaknya ialah:-
1. ["]Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar dan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
2. ["]Kemudian masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga empuk.
3. ["]Seterusnya masukkan perencah serbuk sup Adabi, lobak merah dan ubi kentang. Kacau rata dan didihkan.
4. ["]Seterusnya perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Biarkan seketika.
5. ["]Akhir sekali, taburkan dengan bahan hiasan. Sedia untuk dihidangkan. Enak dimakan bersama roti benggali.
Tip penting:-
["]Untuk rasa sup yang lebih sedap rebus dahulu daging bersama lengkuas, halia dan serai ke dalam periuk tekanan tinggi selama 15 minit. Gunakan air rebusan tadi untuk masak sup.
RESEPI SUP DAGING BEREMPAH YANG SANGAT MELAZATKAN - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah