-->
Jumat, 08 Januari 2016

RESEPI SUP TULANG POWERRR GURIH DAN SEDAAP

SUP TULANG POWERRR

SUP TULANG POWERRR

Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

(*)1 kg tulang lembu ~ rebus dahulu hingga empuk
(*)2 sudu besar minyak masak
(*)1 sudu besar minyak sapi
(*)1 batang kulit kayu manis
(*)3 kuntum bunga lawang
(*)5 kuntum bunga cengkih
(*)3 biji buah pelaga
(*)1 labu bawang besar - di hiris
(*)1 peket kecil rempah sup - anggaran 2 sudu besar
(*)Air rebusan tulang secukupnya
(*)1 batang lobak merah ~ dadu
(*)2 biji kentang ~ dadu
(*)1 sudu kecil lada sulah
(*)Garam secukup rasa
(*)1 biji tomato - potong dadu
(*)1 batang celery - hiris
(*)Daun sup dan daun bawang ~ hiris
(*)3-4 biji cili padi - hiris
(*)Bawang goreng - tabur

Bahan-bahan untuk di Kisar:-

(*)5 ulas bawang merah
(*)3 ulas bawang putih
(*)1 inci halia
(*)1/2 batang lobak merah
(*)1 batang celery
(*)1 batang leek

Cara-cara untuk membuatnya ialah:-

(*)Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. Kisar pula karot, batang celery dan leek. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti.

(*)Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga harum dan garing.

(*)Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing.

(*)Kemudian masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.

(*)Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih.

(*)Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk. Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.

(*)Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng. Tutup api dan sedia di hidangkan dengan sambal kicap.

Sambal Kicap

Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

(*)15 biji cili padi
(*)3 ulas bawang putih
(*)1/2 cawan kicap ABC/kicap manis
(*)1 sudu besar sos tomato
(*)1 sudu kecil cuka makan

(*)Satukan semua bahan dan kisar. Sedia di makan bersama sup tulang.


RESEPI SUP TULANG POWERRR - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+