TART NENAS YANG AMAT SEDAP
Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
(*)8 oz/226 gram tepung naik sendiri
(*)5 oz/141 gram mentega
(*)2 sudu besar air ais
(*)Secubit garam, jika guna unsalted butter
(*)Kuning telur + sedikit air + pewarna kuning telur - sapu di atas tart
Cara-cara untuk membuatnya ialah:-
(*)Satukan mentega yang dipotong dadu dan tepung. Ramas ramas sehingga rata sebelum dimasukkan air ais. Gaul sebati sehingga ianya menjadi adunan doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
(*)Masukkan doh ke dalam plastik dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit hingga 1 jam. Sedia untuk dicanai dan terap menggunakan acuan tart bunga atau apa apa yang disukai. Untuk hari ini, saya buat tart nenas yang ditoreh toreh di atas doh yang telah siap.
(*)Sapu kuning telur di bahagian atas. Susun dalam loyang yang dilenser sedikit mentega. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 30 minit atau sehingga bahagian bawahnya berwarna perang sedikit.
INTI UNTUK TART NENAS YANG AMAT SEDAP
Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
(*)1 Ib/454 gram isi nenas parut
(*)1/2 Ib/227 gram gula pasir
(*)Bunga cengkih dan kayu manis
(*)Daun pandan
(*)Sedikit pewarna kuning - opsyenal
Cara-cara untuk mebuatnya ialah:-
(*)Nenas diparut dan ditoskan airnya. Boleh juga jika nenas dihancur menggunakan food processer atau blender. Kemudian timbangkan isi nenas.
(*)Masukkan semula, nenas, jus nenas, gula, daun pandan serta bunga cengkih dan kayu manis ke dalam kuali dan masak di atas api perlahan sambil terus dikacau sehingga ianya tak melekat di daun pandan dan berkilat. Jangan terlalu kering.
(*)Sejukkan dan siap untuk digunakan.
RESEPI TART NENAS YANG AMAT SEDAP - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah