-->
Senin, 11 Januari 2016

Resepi & Tutorial : Buttercream Kastard Coklat

Buttercream Kastard Coklat
Selalunya kek hanya dilapiskan buttercream untuk menambahkan kesedapan-nya, apakata kali ni anda cuba letakkan buttercream kastard coklatyang semestinya akan memberi satu kelainan ketika menikmati kek anda. Disebabkan rasa custard yang dicampurkan coklat cair itu, ianya akan memberi aroma richness taste namun tidak terlalu muak.

Nak lebih sedap gunakan resepi ini ketika ingin menikmati kek coklat, namun dengan kek vanilla pun sedap jugak!


1 cawan sos kastard yang telah siap.
250 gram butter
3/4 cawan coklat yang telah dicairkan secara double boil
6 sudu besar whipping cream / double cream
1 1/2 cawan gula aising
1 sudu teh vanilla



Pukul butter dan gula aising sehingga kembang pada kelajuan sederhana - tinggi.


Warna akan bertukar daripada kuning ke hampir putih bila ianya kembang.


Apabila sudah sebati dan kembang, masukkan sos kastard yang sudah siap beserta vanilla dan juga whipping cream / double cream.


Pukul pada kelajuan sederhana, ini bagi menjadikannya sebati tapi tidak terlalu kembang.


Masukkan coklat yang telah dicairkan secara double boil tadi.


Pukul pada kelajuan perlahan - sederhana untuk menjadikannya sebati.


Jika anda ingin menjadikannya sebagai filling kek, anda boleh sahaja gunakan sebaik sahaja ianya sudah bercampur sebati.


Namun jika anda ingin menjadikannya sebagai topping juga, pukul pada kelajuan tinggi supaya aising menjadi lebih fluffy untuk dijadikan hiasan kek.


Ini contoh bagaimana kami gunakan aising ini sebagai topping kek sempena sambutan Hari Guru.

Choc Moist Cake with vanilla buttercream

Resepi & Tutorial : Buttercream Kastard Coklat - Resep Masakan, Resep Kue Basah, Resep Kue Kering, Tips Sehat dan Berita Popular

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+