-->
Selasa, 12 Januari 2016

Resepi Masak Lemak Udang dan Peria Katak

Resepi Masak Lemak Udang dan Peria Katak
Masak Lemak Udang dan Peria Katak - Masa makan di rumah Razali dan Liza di Seremban baru ni, Liza ada menghidangkan udang masak lemak cili padi yang digandingkan dengan kacang hijau. Teringat lagi Liza komplen yang kacang hijau yang dibeli tu jenis degil punya kacang, jadi kena dimasak dengan santan awal awal lagi. Hahaha baru saya tahu yang kacang pun ada yang degil juga, ya Liza. Tapi yang nak citer di sini warna masak lemak Liza tu sangat syahdu dan kuning menawan yang sangat cantik. Maklumlah Liza orang noghori, tentunya sangat expert dalam memasak Lemak Cili Padi kan.  Saya beli peria katak hari tu pun sebab makan peria katak sebagai ulam yang dihidangkan oleh Liza. Berulang kali Liza memberitahu yang orang perempuan kena banyak makan peria katak yang sangat bagus untuk kesihatan dalaman.

Aduhaai lah sedapnya Masak Lemak Udang dan Peria saya malam ni. Rasa pahit pahitnya menjadikan ianya kena sekali dengan selera saya. Sebenarnya inilah kali pertama, saya makan peria masak lemak. Selepas makan pun, masih terasa pahit di anak tekak. Tapi sedap, you. Gulai yang pekat lemak terasa kemanisan santannya bak kata Liza santan yang menjadikan gulai terasa manis. Itu pengetahuan dan ilmu yang baru buat saya.  Jom lah layan resepi dulu...

Resepi Masak Lemak Udang dan Peria Katak

Bahan - Bahan
  • Udang
  • Peria katak - hiris nipis
  • 5  cili padi
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 btg serai - ketuk
  • 1 pek santan
  • Garam

Cara Membuat

Kisar cili padi dan kunyit hidup dengan sedikit santan sehingga lumat. Masak santan, serai dan bahan kisar dengan api perlahan sambil terus dikacau sehingga mendidih supaya tidak pecah minyak.
Masukkan peria dan masak sehingga hampir layu, kemudian masukkan udang sebab tak mahu udang dimasak lama lama.
Masukkan garam dan bolehlah diangkat.
Selamat mencuba...

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+