UDANG MASAK TEMPOYAK GORENG
Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
(*)Udang [dibuang kulitnya]
(*)6 sudu besar tempoyak
(*)1 labu bwg besar - di potong ikut suka
(*)2 ulas bwg merah - hiris
(*)1 ulas bwg putih - hiris
(*)2 tangkai cili merah - hiris
(*)10 tangkai cili padi-hiris
(*)Garam dan gula
(*)Minyak masak utk menumis
Cara-cara untuk membuatnya ialah:-
(*)Panaskan minyak dan tumis bahan bahan yg dihiris dan dipotong sehingga naik bau atau sedikit kekuningan.
(*)Masukkan udang dan kacau sebentar sehingga sebati dgn bahan tumis.-jangan masak terlalu lama,nanti udang keras pula.
(*)Akhir sekali, masukkan tempoyak dan kacau goreng sehingga sekata serta tempoyak berubah warna. Masukkan garam dan perasa secukupnya.
(*)Tutup api dan sedia dihidangkan
RESEPI UDANG MASAK TEMPOYAK GORENG. - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah