-->
Rabu, 13 Januari 2016

TIPS KESELAMATAN KITA ANDA BERADA DI BANK


(*)Sediakan Kunci Kereta dan Peper Spray

[_]Jika anda pergi bank bersendirian untuk urusan yang singkat, asingkan duit dari dompet dengan menyimpannya didalam poket seluar bersama telefon bimbit dan pegang kunci kereta (dengan keadaan kepala kunci dalam genggaman tangan dan bahagian tajam keluar) atau pepper spray di tangan. Sekiranya anda diserang, gunakan kunci dan pepper spray sebagai senjata dan yang paling penting lepaskan beg tangan anda jika pencuri bergelut mahukannya.

(*)Ajak Sesiapa Temankan

[_]Apabila ingin melakukan urusan yang melibatkan jumlah wang yang banyak, pastikan anda ditemani sekurang-kurangnya dua orang bagi persiapan menghadapi sebarang kemungkinan. Minta bantuan teman untuk memandu kereta untuk mengambil anda di hadapan bank, seorang lagi berjalan bersama anda. Ini akan mempercepatkan urusan perjalanan keluar dari bank ke kereta.

(*)Sorokkan Wang Anda

[_]Selepas berurusan dengan bank, jangan kira wang anda ditempat yang terbuka kerana ia boleh menarik perhatian perompak. Jika berada di mesin ATM, cepat-cepat masukkan wang kedalam poket atau beg dan sekiranya melibatkan wang yang banyak (berurusan di kaunter), minta izin dari pekerja bank untuk mengiranya di tempat yang tertutup jika tidak, pastikan teman anda ada untuk bersiap sedia.

(*)Ikut Arahan Yang Di Berikan

[_]Andai kata bank yang anda tuju diserbu perompak dan mereka meminta semua baring di atas lantai dan jangan bergerak, ikut sahaja arahan yang diberikan. Perhatikan sekeliling dan jangan melawan. Jangan cuba melakukan perkara yang ekstrim kerana ia akan mengundang bahaya.


TIPS KESELAMATAN KITA ANDA BERADA DI BANK - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+