(*)Solekan nipis untuk wajah cepat berpeluh
(^)Sapu nipis bedak asas dan bedak muka di wajah anda bagi mengelakkannya cair ketika berpeluh. Atau gunakan bedak arab dengan sapuan nipis, jika berpeluh anda hanya perlu menekapnya dengan span dan solekan akan bertambah cantik.
(*)Ais untuk wajah cepat berpeluh
(^)Tekapkan kulit wajah anda dengan ais sebelum bersolek. Ais akan mengecilkan liang roma di wajah anda dan masalah kulit berminyak juga akan dapat dikurangkan.
(*)Kertas minyak (blotting paper) untuk wajah cepat berpeluh
(^)Bawa bersama kertas minyak ketika anda menghadiri majlis atau kenduri di tempat yang terbuka/panas. Jika berpeluh, tekapkan wajah anda dengan kertas minyak berkenaan secara perlahan-lahan.
(*)Penyegar muka (spray mist) untuk wajah cepat berpeluh
(^)Semburkan penyegar muka di wajah anda sebelum bersolek. Penyegar muka dapat mengekalkan kelembapan kulit anda serta mengekalkan solekan yang cantik dan tidak pudar.
(^)Untuk mengekalkan kelembappan kulit dan mengelakkan kekeringan ketika cuaca panas, banyakkan minum air putih. Oleh itu, bolehlah mencuba tips seperti di atas sekiranya anda juga menghadapi masalah wajah cepat berpeluh.
TUPS UTNUK MENGATASI WAJAH YANG SUKA BERPELUH - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah