Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis coklat dengan rasa coklat dan cara penyediaan yang berbeza di pasaran. Didalam pasaran dunia ada pelbagai jenis coklat yang ditawarkan, ianya tidak terhad kerana pasaran dan pemintaan yang tinggi merangkumi seluruh dunia.
Namun di negara kita Malaysia, hanya ada beberapa jenis sahaja yang di pasarkan mengikut selera dan permintaan masyarakat tempatan.
Berikut adalah jenis coklat yang popular digunakan untuk masakan dan coklat buatan tangan dinegara kita :
Coklat Couverture
Coklat Couverture atau coklat tulen dan adalah sejenis coklat yang berkualiti tinggi. Coklat ini mengandungi lemak coklat atau lemak koko yang tinggi menjadikan ia sejenis coklat yang sensitif kepada suhu. Coklat converture perlu dicairkan dengan suhu 43 darjah celcius kebawah. Suhu yang terlalu tinggi akan merosakkan rasa dan kepekatan coklat cair yang terhasil, ia merupakan coklat yang paling sedap tetapi agak sukar untuk dikendalikan. Biasanya digunakan dalam pembuatan homemade coklat.
Coklat Compound
via : dailymail.co.uk |
Coklat Compound atau coklat kompaun mempunya mentega koko yang agak tinggi. Terdapat 3 jenis coklat kompaun iaitu Dark Chocolate, Milk Chocolate, dan White Chocolate. Setiap jenis mempunyai rasa yang berbeza dengan kegunaan yang berbeza:
Dark Chocolate atau coklat gelap mempunyai perisa coklat yang sangat sedap dan sesuai digunakan dalam masakan. Ia mengandungi mentega koko, gula dan lesitin.
Milk Chocolate atau coklat susu amat sesuai digunakan untuk coklat buatan tangan atau homemade coklat. Ini adalah jenis coklat yang tidak sesuai digunakan dalam masakan. Ia mengandungi 20 peratus mentega koko, likor koko, gula, pepejal susu, vanila dan lesitin. Coklat jenis ini sering digemari oleh kanak-kanak kerana manis dan kandungan susu menjadikan rasa lebih lembut. Coklat susu mudah hangus bila dicairkan kerana kandungan coklat nya sedikit relatif.
White Chocolate atau coklat putih sesuai digunakan untuk coklat buatan tangan tetapi coklat putih hanya digunakan untuk dekorasi dan hiasan. Produk coklat akan lebih berseri dengan perbezaan warna coklat putih berbanding warna coklat lain. Jenis coklat ini perlu dicairkan dengan berhati-hati kerana ia mengandungi lemak coklat yang sedikit. Ia terdiri daripada mentega koko, pepejal susu, gula, vanila dan lesitin. Warna putih terhasil kerana coklat ini tidak mempunyai likor koko, itulah bezanya dengan coklat susu.
Terdapat juga beberapa jenis coklat lain yang dijual di kedai peralatan dan bahan bakeri di negara kita, seperti :
Coklat Unsweetened
Coklat unsweetened yng juga dikenali sebagai baking chocolate mengandungi 30 hingga 70 peratus coklat menjadikan jenis coklat ini sesuai digunakan untuk kuih, kek, dan makanan ringan yang lain.
Coklat Koko
via : wisegeek.com |
Coklat koko dibuat dari koko setelah lemak coklat dipisahkan. Jenis coklat ini mudah didapati dan mudah dikendalikan
from TotBakeDesign http://ift.tt/24lhesF
Info & Tips : Kenali Pelbagai Jenis Coklat Masakan. - Resep Masakan, Resep Kue Basah, Resep Kue Kering, Tips Sehat dan Berita Popular