-->
Kamis, 03 Maret 2016

5 Kesan Buruk Kalau Isteri Suka Dengar Cerita Negatif Suami Orang - Resep Maskan

 5 Kesan Buruk Kalau Isteri Suka Dengar Cerita Negatif Suami Orang

Bukan mahu menyalahkan wanita yang cepat ‘menghangitkan’ isu-isu rumah tangga secara bebas tapi tidakkah keadilan itu mesti ditegakkan dengan memberi peluang para lelaki membela diri tentang tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas mereka.

Membakar api kebencian pada lelaki sebenarnya sikap yang merbahaya untuk para isteri. Benci dengan tingkah laku suami sendiri atau suami orang lain tidak salah asalkan kebencian itu boleh membawa manfaat pada kelangsungan perkahwinan.

Malangnya mendedahkan sisi negatif suami telah merenggangkan hubungan yang sudah pun diracuni oleh sangkaan-sangkaan melampau tentang suami orang.

Jangan samakan suami anda dengan suami orang, sehinggakan ramai yang cepat menjatuhkan hukuman pada suami mereka disebabkan melihat isu rumah tangga orang lain. Kawan yang dikhianati suaminya kenapa pula anda yang terasa sehinggakan menyangka buruk kepada suami sendiri?

Apa kesan buruk bagi isteri yang suka mendengar cerita kejahatan suami orang dan bagaimana nak kikis sikap itu?


1. Susah rasa percaya

Isteri yang cepat terpengaruh dengan anasir-anasir luar susah mempercayai suami apatah lagi mungkin pernah tercalar dengan kisah lama yang menyakitkan hati. Kita adalah apa yang kita baca, lihat, dengar, fikir dan rasa. Jika semuanya negatif tak mungkin ketenangan boleh dikecap dalam perkahwinan. Tak payah memendam rasa mendengar kisah rumah tangga orang lain, seharusnya tumbuhkan rasa syukur sepenuh hati kerana tidak mengalami apa yang dialami mereka.

2. Kufur nikmat

Isteri yang dihantui bayangan suami orang tertutup mata hatinya dari melihat kebaikan suami. Dia terpengaruh oleh bayangan kejahatan suami orang sehinggakan hilang rasa syukurnya terhadap suami. Padahal Rasulullah s.a.w bersabda: “Lihatlah orang yang kurang daripada kamu dan jangan hanya kamu lihat orang yang lebih daripada kamu kerana dengan itu kamu tidak memandang sepi nikmat Allah kepada kamu.” (Hadis Muslim)

3. Fokus pada aib hilang romantik

Isteri yang suka membaca kisah sedih rumah tangga orang lain terdedah dengan sikap suka menilai suami dari sisi aibnya dan melupakan kebaikannya. Sehinggakan suami menjadi tercabar dan terhina direndahkan dan di perkecilkan. Aib suami mungkin terlalu sedikit dibandingkan dengan kebaikannya, mengapa tidak dibangkitkan kenangan yang indah tentang detik-detik anda jatuh cinta padanya? Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada beriman seorang daripada kamu sehingga dia mencintai segala sesuatu bagi saudaranya sebagaimana yang dia cintai bagi dirinya.”(HR. Bukhari)

4. Rasa suci dari orang lain

Suka melihat rumah tangga orang bergolak dan berasa diri lebih baik menjadikan seorang isteri angkuh dan sombong. Bukankah tiada makhluk yang sempurna dan tiada yang bersih daripada dosa melainkan Allah yang membersihkannya?

Rasa sombong ini menyebabkan isteri berasa tidak perlu mempertingkatkan kualiti diri sehingga dia terus berada dalam kejahilan yang menghodohkan.

5. Terpengaruh wanita yang gagal

Berkawan dengan wanita yang gagal dalam perkahwinan sedikit sebanyak boleh mempengaruhi cara anda melayan suami. Perspektif yang kurang adil tentang lelaki tak sengaja ditanamkan oleh kawan anda sehingga merencatkan tumbuhnya rasa kasih kepada suami. Tiada masalah berkawan dengan siapa saja asalkan anda berada dalam kedudukan yang kuat dan boleh mempengaruhi mereka dengan nilai-nilai yang positif.

Inilah lima simptom penyakit merbahaya dihantui bayang keji suami orang. Jagalah diri agar dilindungi dari aib sebegini dan ubahlah sikap mana yang perlu demi masa depan.


from Klik Disini http://ift.tt/1UB0hGo
5 Kesan Buruk Kalau Isteri Suka Dengar Cerita Negatif Suami Orang - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+