-->
Selasa, 01 Maret 2016

Cara Awal Untuk Mengesan Penyakit Kanser Payudara - Resep Maskan


Simptom:

{=}Perubahan rasa pada sekitar payudara atau puting.

{=}Puting dan payudara kelihatan membengkak atau menebal.

{=}Perubahan pada tekstur kulit atau pori kulit pada bahagian tersebut kelihatan terbuka lebih besar.

{=}Ketulan yang muncul di bahagian bawah lengan. Namun tidak semua adalah tanda awal kepada kanser.

{=}Perubahan pada saiz atau payudara anda.

{=}Payudara kelihatan mengecut  lebih-lebih lagi jika hanya tertumpu pada satu bahagian sahaja.

{=}Simetri payudara kelihatan berbeza dari sebelumnya. Sememangnya wanita mempunyai payudara yang berbeza daripada segi saiz di kedua-dua bahagian. Namun jika ianya terlalu ketara perubahan simetri tersebut, adalah digalakkan untuk melakukan pemeriksaan doktor.

{=}Payudara atau disekeliling puting menjadi kemerahan atau membengkak.

Cara Melakukan Pemeriksaan Payudara di Rumah

Langkah 1:

{=}Mulakan dengan memerhati payudara anda di depan cermin dengan postur bahu menegak dan meletakkan lengan anda di atas tulang pinggang.

{=}Perhatikan dari segi saiz, bentuk, rona, dan mengesan terus bengkak di bahagian payudara.

{=}Jika anda mengenal pasti sebarang kelainan pada payudara anda seperti kemerahan dan pembengkakkan, adalah lebih baik untuk terus mendapatkan pemeriksaan pakar.

Langkah 2:

{=}Angkat kedua-dua belah tangan dan lihat pada perubahan yang sama seperti di atas.

Langkah 3:

{=}Tatkala anda berada dihadapan cermin, perhatikan sebarang tanda cecair yang keluar dari sebelah atau kedua-dua belah puting. Ianya mungkin air, susu, cecair kekuningan atau darah.

Langkah 4:

{=}Melakukannya dalam keadaan berbaring, menggunakan tangan kanan anda untuk memeriksa payudara di sebelah kiri dan seterusnya di sebelah kanan. Lakukan secara perlahan-lahan dengan lembut. Rapatkan jari dan lakukan pemeriksaan di bahagian payudara dalam pergerakan membulat. Periksa keseluruhan payudara lebih-lebih lagi di bahagian bawah lengan.

Langkah 5:

{=}Terakhir sekali, lakukan pemeriksaan yang sama seperti langkah 4 tetapi dengan postur berdiri atau duduk. Ramai wanita mendapati ianya lebih mudah untuk memeriksa secara terperinci payudara apabila kulit dalam keadaan basah dan licin. Jadi, majoriti golongan wanita suka melakukan pemeriksaan ini ketika mandi.

from Klik Disini http://ift.tt/1oNfOXt
Cara Awal Untuk Mengesan Penyakit Kanser Payudara - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+