Senaman zumba mungkin kedengaran agak asing, tetapi kini semakin ramai ingin mempelajarinya berikutan kepelbagaian muzik serta pergerakan ketika bersenam memberikan keseronokan berganda, apatah lagi jika ia dilakukan dalam kumpulan kecil.
Zumba merupakan satu tarian senaman aerobik lengkap kerana ia menggabungkan aspek kecergasan dan kekuatan. Senaman ini mampu membakar lemak serta meningkatkan tahap metabolisme dan membantu membentuk tubuh wanita menjadi lebih cantik dan menarik.
Menurut jurulatih Zumba Fitness Malaysia yang juga jurulatih di Pusat Kecergasan Easy Fitness, Shah Bariah Hussain, sejarah senaman zumba bermula hampir 20 tahun lalu di Colombia apabila jurulatih kecergasan, Beto Perez, memperkenalkannya di seluruh dunia.
Ia menggabungkan kepelbagaian rentak dalam senaman dan paling sesuai dipelajari bagi mereka yang ingin menguruskan badan, kekal cergas dan mendapatkan bentuk badan menawan kerana menggabungkan teknik tarian perlahan serta pantas.
“Pergerakan biasanya menggunakan muzik latin dengan memasukkan unsur pergerakan senaman seperti bergerak ke hadapan, duduk dan bangun sama ada menggunakan dumb bell atau tidak. Malah ia tidak terhad kepada satu pergerakan saja sebaliknya jurulatih boleh mempelbagaikannya mengikut muzik,” katanya.
“Apa yang penting, langkah tarian ini sangat mudah dipelajari dan ia sememangnya menyeronokkan untuk pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.
Bagi mereka yang ingin bersenam menggunakan dumb bell, senaman zumba toning membantu untuk membina otot menjadi lebih menarik sekiranya dilakukan secara konsisten. Ia memberi tumpuan kepada otot lengan, kaki, paha dan pinggul.
“Bagi mereka yang ingin melakukannya boleh menggunakan dumb bell atau botol air berisi air 600 mililiter. Kemudian pergerakan dimulakan menggunakan tangan, diikuti kaki, paha dan pinggul. Jika dilakukan secara konsisten, ia mampu membina otot menjadi lebih terbentuk dan menarik,” katanya yang menunjukkan teknik senaman zumba toning kepada pembaca Harian Metro.
6 Kebaikan Senaman Zumba
Zumba, rutin ‘workout’ dikatakan mempunyai banyak kebaikan. Apa seronoknya Zumba selain menjadikan tubuh badan yang menawan, langsing dan ‘fit’ ini? Entri kali ini dedah kebaikan Zumba yang pastinya akan membuatkan anda terus berzumba hari ini!
1. Turun Berat Badan
Tarian Zumba membantu meningkatkan kadar sistem kardiovaskular di mana ia membantu melawan ‘kewujudan’ lemak-lemak yang tidak diingini. Jangan tidak tahu, Zumba mampu membakar kalori sekitar 600 hingga 1000 kalori. Banyak juga, bukan?
2. Tubuh lebih mantap
Jika anda terus ber-zumba setiap hari secara berdisiplin, anda boleh mendapatkan tubuh badan yang lebih mantap dan tegap. Rentak muzik yang menggerakkan tubuh anda membuatkan otot tubuh tegang dan kuat tanpa anda sedari.
3. Kenalan baru
Menghadiri kelas Zumba turut membantu anda berinteraksi dengan lebih ramai rakan baru yang ‘gila-gila’ menari! Bayangkan jika anda menghadiri kelas Zumba dua atau tiga kali seminggu, lebih ramai rakan anda kenali malah Zumba boleh mengawal sikap pemalu anda.
4. Lebih bertenaga dan menyeronokkan
Tidak seperti senaman lain, Zumba lebih menyeronokkan kerana menari mengikut rentak muzik yang rancak, moden dan bertenaga. Jika anda penggemar muzik, anda bukan saja boleh menyanyi dan mendengar tetapi menari seolah-olah anda berada pertandingan menari!
5. Bebas tekanan
Zumba merupakan senaman sempurna untuk anda melepaskan tekanan malah ada yang mengatakan ia lebih baik dari terapi. Muzik rancak dan pergerakan bebas mampu melepaskan mood yang meningkatkan hormon endorfin.
6. Sesuai semua usia
Tentunya Zumba sesuai untuk semua peringkat umur kerana menggabungkan kesemua elemen seperti muzik dan pergerakan bertenaga. Malah, kini sudah ada program Zumba khusus untuk kanak-kanak yang dikenali sebagai Zumbatonic yang menjadikan kanak-kanak lebih aktif dan sihat.
Muzik latin adalah muzik yang paling popular dan kerap digunakan oleh kelas-kelas Zumba ekoran langkah dan pergerakan yang sesuai dengan rentak. Sudah bersedia untuk berzumba? Ayuh, mulakannya sekarang!!!
from Klik Disini http://ift.tt/1XDy80H
Miliki Tubuh Menawan Dengan Zumba. Ketahui 6 Manfaatnya - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah