Bahan2 MEE SOTO :
Mee,bihun,keaw teaw
Ayam bahagian dada
Serai
Lengkuas
Rempah kurma
Rempah sup
Serbuk kunyit
*bawang besar
*bawang putih
*halia
( yg bertanda blander)
#jintan putih
#jintan manis
#biji ketumbar
(Bertanda hastag tu digoreng tanpa minyak n blander)...
Bawang merah kecil
Bawang putih
(Dihiris halus2)
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga Lawang..
Cara2 memasak MEE SOTO :
1)Ayam direbus...apabila ayam Dah masak toskan ayam.. Air rebusan ayam jgn buang tau....
2)panaskan minyak dan masukkan bawang beast,bawang putih n halia yg dh diblander tadi..
3)Apabila dah naik bau, masukkan rempah sup dah sedikit rempah kurma..(separuh drpd rempah sup)masukan sedikit air dan kacau bg sebati n pecah minyak
4)Masukkan air rebusan ayam tadi bersama serai lengkuas dan sedikit serbuk kunyit..(serai dan lengkuas diketuk dahulu)
Masukkan biji ketumbar,jintan manis dan jintan putih yg diblander tadi...(sedikit sahaja..nak ambil baunya je)
5)Masukkan garam dan perasa..sesiapa sukakan pedas,masukkan cili pun boleh...
6)Panaskan kuali dan gorengkan bawang merah kecil,bawang putih yg dihiris halus2 td serta 3beradik td..goreng sampai garing...
Apabila dah garing masukkan kedalam kuah sup soto kita tadi...(minyak jgn ambil)
7)Taburkan daun bawang,daun sup dan bawang goreng....
Siapp....
Garnish.....
Ayam yg dah dicarik2kan
Kacang
Daun sup
Daun bawang
Tauge
Tauhu
Soun yg dah siap digoreng
Bawang goreng
Cili kicap...(blander cili,bawang putih n kicap)
Begedil.....
Kentang
Bawang goreng
Daun sup
Daun bawang
Telur
Kentang direbus..apabila dan lembut toskan kentang dahulu..kentang tadi dilenyet2..masukkan daun sup,daun bawang dan bawang goreng...masukan sedikit garam..ambil bahan tdi bulat2kan Dan tekan sedikit...celurkan kedalam telur dan digoreng...pastikan minyak betul2 panas ye....
from Baca Resep http://ift.tt/1VBSXMA
Resep Dan Cara Membuat MEE SOTO - Resep Masakan