3 Jenis Makanan Bantu Anda Tidur Lena
Tahukah anda bahawa pemakanan juga mempengaruhi tidur? Pasti ada di antara anda yang sedang merana mengalami masalah kesukaran untuk tidur di waktu malam atau susah untuk terlena. Bagi anda yang mempunyai masalah ini, jangan risau lagi. Kami ada makanan yang dapat membantu tidur malam anda lebih lena dan berkualiti.
Makanan dan minuman ini akan membantu menenangkan otot yang tegang, menenangkan fikiran dan mengaktifkan hormon serotin dan melatonin untuk membantu anda tidur dengan lebih lena. Namun, harus diingat agar tidak terus tidur selepas makan. Sebaiknya biarkan makanan diproses dan tunggulah sehingga dua jam selepas makan baru anda mulakan tidur lena.
1. Teh & madu
Minumlah teh sebelum tidur dan elakkan dari mengambil minuman berkafien yang tidak elok untuk kesihatan jika diamalkan selalu. Teh Chamomile dikatakan mempunyai kesan penenang yang dapat menurunkan stress fizikal mahupun mental. Manakala teh hijau mengandungi Theanine yang juga membantu manusia untuk lena dalam tidurnya.
Campuran sedikit madu ke dalam susu atau teh anda dikatakan berkesan memberikan tidur yang lena. Madu akan memberitahu otak anda untuk mengurangkan kerja orexin seterusnya membantu anda untuk lebih selesa ketika tidur.
2. Badam
Penting untuk sediakan kacang badam di rumah anda. Hal ini kerana badam mengandungi magnesium yang berupaya membantu manusia untuk mudah tertidur dan merehatkan otot-otot badan. Bukan itu sahaja, badam juga mengandungi protein yang berupaya menstabilkan kadar kandungan gula dalam darah ketika tidur.
3. Pisang
Kandungan magnesium dan potassium yang baik di dalam pisang mampu membantu anda untuk tidur dengan lebih lena. Jika anda mengambil pisang sebelum tidur, Triptofan yang terkandung di dalam pisang akan ditukarkan oleh sel-sel badan kepada hormon serotin dan melatonin yang berguna sebagai hormon penenang otak.
from Klik Disini http://ift.tt/1ZY31xM
3 Jenis Makanan Bantu Anda Tidur Lena - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah