6 Makanan Ini Dapat Meningkatkan Metabolisme Badan Anda
Tahu tak apa itu metabolisme? metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Salah satu punca sukar untuk mengurangkan berat badan adalah kerana mempunyai tahap metabolisme badan yang rendah. Metabolisme rendah menyebabkan tahap pembakaran kalori menjadi lebih perlahan, namun ia boleh berubah dan ditingkatkan. Berikut disenaraikan beberapa jenis makanan yang boleh meningkatkan metabolisme dan mengekalkan tahap kecerdasan badan kita:
1. Air Putih
Kadar metabolisme setiap individu tidak sama, ia bergantung kepada jumlah otot dan lemak di dalam tubuh. Kandungan air yang mencukupi dalam badan akan membantu proses metabolisme berjalan dengan baik. Amalan minum 8 gelas air putih setiap hari akan membantu tubuh untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
2. Kalsium
Kekurangan kalsium di dalam badan akan menyebabkan badan berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Kalsium bukan sahaja boleh didapati daripada susu rendah lemak malah ia boleh diperolehi daripada keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oat.
3. Snek
Apabila perut kita sudah mula memulas dan berbunyi, bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Makan snek dengan kerap secara sedikit demi sedikit akan dapat membantu masalah ini. Jika kita tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan kita mungkin akan makan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Seeloknya pilih snek yang mempunyai kandungan fiber dan kandungan protien yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
4. Makanan Pedas
Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Jika kita mempunyai banyak tisu otot, kita akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan individu yang mempunyai banyak lemak. Makan makanan pedas bukan sahaja membuat kita berasa kenyang dengan lebih lama. Malah, kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas kita memakannya.
5. Teh Hijau Atau Teh Oolong
Teh hijau dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Gantikan secawan kopi atau teh tarik yang kita minum setiap hari dengan teh hijau atau teh oolong. Seelok-eloknya minum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.
6. Limau Bali
Dengan menambah limau bali setiap kali waktu makan walaupun tidak menukar saiz hidangan boleh membantu kita mengurangkan berat badan. Hal ini kerana limau bali mempunyai kandungan fiber yang tinggi dan rendah kalori. Di dalamnya juga terdapat enzim yang berfungsi untuk membakar lemak. Malah, ia boleh merendahkan insulin dan kolesterol dalam tubuh kita.
from Klik Disini http://ift.tt/1sNNw1x
6 Makanan Ini Dapat Meningkatkan Metabolisme Badan Anda - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah