-->
Senin, 16 Mei 2016

Khasiat Belimbing Buluh Yang Anda Perlu Tahu - Resep Maskan

khasiat-belimbing-buluh

Khasiat Belimbing Buluh Yang Anda Perlu Tahu

Pokok belimbing buluh atau nama saintifiknya Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae dan mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan. Mudah dijumpai di kawasan kampung dan kawasan perumahan kerana pokok ini mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Buahnya boleh digunakan untuk berbagai-bagai tujuan.

Antara Khasiat Belimbing Buluh;

1. Ia mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila digiling halus dan dilumur boleh menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, sakit-sakit sendi serta panau.

2. Jika direbus, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam. Untuk menghilangkan batuk, campurkan segenggam bunga Belimbing Buluh dengan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. Seterusnya direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian minum dengan mencampurkan sedikit madu. Minum segelas, 3 kali sehari.

3. Untuk anda yang ada darah tinggi, petik 3 biji buah Belimbing Buluh. Potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari.

4. Untuk bayi yang diserang penyakit kuning, mandikan dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya.

Sekiranya mengalami demam panas, anda boleh cuba petua di bawah;

1. Ambil beberapa helai daun belimbing buluh yang masih segar. Ramas kesemua daun tersebut bersama dengan sedikit air hingga lumat.

2. Setelah lumat, letakkan daun yang telah diramas tadi di atas sehelai kain bersih. Akhir sekali, demahkan kain tadi pada kepala si pesakit.

3. Biarkannya begitu sehinggalah rasa panas berkurangan. Jika masih tak reda, ulangi langkah 1 hingga 5 di atas.

Untuk Penyakit Darah Tinggi;

1. Ambil beberapa biji buah belimbing asam yang masih segar. Bersihkannya dulu dan kisar kesemuanya hingga lumat.

2. Setelah lumat, tapiskannya ke dalam cawan untuk diambil airnya. Amalkan meminum air tapisan belimbing asam ni sekali sehari. Sama ada pada waktu pagi ataupun petang.

3. Rasanya teramatlah masam. Jadi, anda boleh menambah sedikit perasa seperti madu ataupun gula batu.

Antara resepi masakan menggunakan belimbing yang anda boleh cuba ialah Resepi Masak Lemak Udang Belimbing Buluh.


from Klik Disini http://ift.tt/1ZY31hq
Khasiat Belimbing Buluh Yang Anda Perlu Tahu - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+