Resepi Biskut Hazelnut
Bahan-Bahan:
Bahan A
180 gram mentega
90 gram gula halus
1 biji kuning telur
¼ sudu kecil mentega emulco
Bahan B (Ayak)
320 gram tepung gandum superfine
30 gram tepung jagung
30 gram tepung sagu
1/8 sudu kecil serbuk penaik
Bahan C
50 gram Nestle almond cluster (kisar)
50 gram biskut cheese cracker (kisar)
1 keping keju cheddar (cincang halus)
Bahan D
Kacang hazel secukupnya (bakar)
Bahan hiasan
Mangkuk kertas
Coklat putih
Gula pasir berwarna
Cara Membuat:
1. Bahan A diputar hingga sebati dan masukkan bahan B.
2. Satukan bahan C dan campurkan dalam adunan tadi.Uli hingga menjadi doh.
3. Bulat-bulatkan doh, masukkan kacang hazel di tengah-tengahnya.
4. Bakar hingga masak dan sejukkan.
5. Panaskan coklat putih secara double boiler.
6. Celup biskut yang telah di masak ke dalam coklat putih dan letakkan ke dalam mangkuk kertas.
7. Hiaskan dengan taburan gula berwarna di atasnya jika mahu.
from Klik Disini http://ift.tt/1Ofyk6q
Resepi Biskut Hazelnut - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah