-->
Selasa, 24 Mei 2016

Resepi Kek Coklat Lava - Resep Maskan

kek-coklat-lava

Resepi Kek Coklat Lava

Bahan-Bahan:

5 sudu besar butter
100gm coklat gelap (satu bar coklat standard)
2 biji telur saiz besar
1 kuning telur saiz besar
3 sudu besar gula
3 sudu besar tepung
2 sudu kecil serbuk koko
1 secubit garam
4 paper cup atau 4 ramekins – disapu butter

Cara Membuat:

1. Panaskan oven – 200 degree (atas bawah) 180 degree (hot air/udara panas).

2. Cairkan mentega dan coklat bersama­sama secara “double boiler”, atau di dalam microwave sehingga cair dan kacau hingga sebati.

3. Gaul telur dan gula sehingga campuran berwarna kekuningan sekitar 3 minit sehingga gula larut.

4. Kacau campuran coklat panas ke dalam adunan telur dan pukul sebati. Ayakkan tepung, koko, dan garam. Kaup dengan spatula sehingga sebati.

5. Sudukan ke dalam 4 ramekins atau papercup saiz besar yang tebal yg telah disapu dengan butter.

6. Kalau ada masa sejukkan dahulu adunan di dalam freezer selama 5 minit. Boleh juga terus dimasukkan ke dalam oven.

7. Bakar selama 13 minit sahaja dan jangan terlebih nanti tidak menjadi lava.

8. Angkat dan biarkan sejuk seketika, kemudian boleh dihidangkan.

Tips: Boleh juga dikukus atau menggunakan teknik “waterbath”. Boleh dihidangkan bersama krim putar atau aiskrim vanilla bagi menambahkan kelazatannya.




from Klik Disini http://ift.tt/1sNNIxH
Resepi Kek Coklat Lava - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+