Sekarang mesti sudah ramai yang mula sibuk membuat biskut raya kan?
Tiap - tiap malam pastinya akan ada bau menarik lagi sedap datang dari setiap tingkap dapur rumah jiran kami. Umpama marathon yang bermula selepas solat Tarawih.
Masih teringat zaman kami mengambil tempahan biskut raya Chocolate Chips dahulu.. ada sampai ke subuh kami tak tidur kerana sibuk menyiapkan kesemua tempahan yang setiap hari bertambah. Penatnya memang tak terkata, tapi kepuasan dari pelanggan yang saban tahun menambahkan jumlah tempahan itu yang kami tak dapat lupakan.
Kini kami dah bersara sepenuhnya dari mengambil apa jua tempahan, hanya fokus kepada berkongsi resepi, idea dan inspirasi kami selama 7 tahun didalam bidang ini.
Kini kami dah bersara sepenuhnya dari mengambil apa jua tempahan, hanya fokus kepada berkongsi resepi, idea dan inspirasi kami selama 7 tahun didalam bidang ini.
Kenangan tinggal kenangan.
Jadi kali ini kami nak berkongsi cara - cara untuk menyimpan biskut raya itu supaya tidak lemau.
Tips ini kami ambil dari wikihow.com yang mana sangat tepat dan sangat membantu bagi mereka yang tidak biasa menyimpan biskut raya mengikut jenis biskut itu, dan selalu komplen biskutnya cepat lemau!
Tips menyimpan biskut raya.
- Simpan biskut raya yang jenis gebu itu didalam bekas yang kedap udara. Pastikan tudungnya itu ketat dan sendat supaya tiada angin boleh masuk dan menjadikan biskut kita itu lemau.
- Simpan biskut raya jenis rangup keras didalam bekas yang tutupnya itu mudah dibuka, sebab kita mahukan supaya sedikit angin masuk dan menjadikannya kekal rapuh dan rangup.
- Gunakan kertas minyak sebagai kertas lapik bagi mengelakkan biskut itu lemau. Selalunya peniaga biskut akan terus gunakan cara ini tapi bila kita nak masukkannya ke dalam bekas kita, ada yang suka buang kertas itu.. maka lepas itu akan mudah biskut itu untuk menjadi lemau.
- Ingat yea.. masukkan biskut kita kedalam bekas berlainan mengikut jenis biskutnya.. samada jenis yang gebu ataupun yang rangup.
- Cara terakhir ini pastnya ramai yang tak tahu, dari dibiarkan lemau disebabkan tiada yang boleh menghabiskannya sepanjang bulan Syawal itu, anda boleh memanjangkan lagi hayat biskut anda iaitu dengan menyimpannya didalam freezer. Ianya tidak akan rosak, lemau dan juga anda boleh keluarkan dan hidangkan pada bila - bila masa kemudian kepada tetamu ataupun jadikan snek mengudap anda sepanjang tahun itu. Kenapa perlu membazir?
from TotBakeDesign http://ift.tt/1YwHrSB
Info & Tips : Menyimpan biskut raya supaya tak cepat lemau. - Resep Masakan, Resep Kue Basah, Resep Kue Kering, Tips Sehat dan Berita Popular