KETAHUI PUNCA PENTEKARAN DENGAN PASANGAN & 15 TIPS UNTUK MENGELAKKAN GADUH BESAR DALAM RUMAH TANGGA.
Selalu bertengkar dengan pasangan? Kadang2 benda yang kecil pun boleh jadi gaduh besarkan!
Pertengkaran ialah suatu pekara yang kita tidak mungkin akan dapat lari dalam setiap hubungan percintaan. kadang2 bertengkar juga dapat memberi kita peluang untuk melihat pilihan sedia ada dalam apa jua situasi. Kita selalunya dikaburi oleh pendapat sendiri sehingga gagal melihat pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara. Tetapi, hati-hati gaduh besar boleh mengundang banyak perkara yang tidak diingini. Jadi, apakah perkara sebenar yang menjadi punca gaduh besar dengan pasangan?
#Jom kita ketahui punca pentekaran dengan pasangan. Antaranya ;
> 1. DUIT..
Bertengkar kerana duit tidak dialami hanya mereka yang sudah berkahwin. Ketika bercinta pun kita dengan pasangan boleh bertengkar kerana masalah duit. Contohnya, pasangan(lelaki) akan merungut tentang kebiasaan pasangan(wanita) menghabiskan duit belanja, menanyakan gaji di tempat pasangan bekerja atau berapa jumlah duit simpanan diakaun pasangannya. Wang adalah masalah yg sensitif untuk dibincangkan dengan pasangan kekasih, jadi sebaiknya tidak perlu membincangkan perkara itu kecuali kita dan pasangan sudah berniat untuk menikah.
>2. CEMBURU..
Cemburu bukanlah pekara yang pelik, tapi cemburu salah 1 penyebab utama kita bertengkar dengan pasangan. Jika pasangan kekasih kita berjalan dengan orang lain atau bersikap manis dengan rakan yang bukan sejantina, pasti kita akan rasa cemburu. Begitulah juga dengan pasangan kita, dia juga akan rasa cemburu sekiranya melihat kita berkumpul dengan kawan2 yang bukan sejantina. Cemburu itu perlu ada dalam setiap percintaan, namun jangan sampai berterusan cemburu buta itu, kerana ia boleh merosakkan hubungan kita dengan pasangan.
>3. PERBEZAAN PENDAPAT..
Ada kalanya jika terlalu lama menjalinkan hubungan, kita akan menyedari bahawa ada perbezaan antara kita & pasangan. Tidak kira lah perbezaan hobi, dunia kerja, persahabatan dan gaya hidup. Hubungan percintaan memang boleh menyatukan pelbagai perbezaan, tapi jika itu menyebabkan kita & pasangan berterusan bertengkar. Sebaiknya mula berfikir untuk menilai kembali hubungan yang sedang dijalani dengan pasangan kita.
>4. KEUTAMAAN..
Keutamaan seringkali menimbulkan konflik kita & pasangan, jika keutamaan kita & pasangan berbeza. pasangan kita mengutamakan hubungan, sementara kita menganggap kerja lebih penting. Pasangan kita sangat mementingkan keluarganya, sedangkan kita ingin mendapat perhatian lebih dari apapun. Jika kita ingin hubungan berkekalan, sebaiknya berbincanglah dahulu pekara yang paling utama bagi kita & pasangan.
>5. MASA LALU..
Setiap orang pasti merasa tidak selesa jika hubungan masa lalu selalu diungkit-ungkit, apalagi orang yang mengungkitnya adalah pasangan kita sekarang. Pertengkaran yang kerap berlaku, biasanya disebabkan salah seorang antara pasangan membandingkan kekasih dengan bekas kekasihnya, atau pasangan kita terus menerus bertanya tentang hubungan masa lalu. Seeloknya hubungan masa lalu hanya dilihat sekali sahaja sebagai pengajaran untuk melangkah lebih baik ke hadapan.
>6. TEKANAN..
Siapa di dunia ini yang tidak pernah mengalami stress? Gangguan emosi pun boleh menyebabkan pasangan kekasih bertengkar. Seringkali seseorang antara kita & pasangan akan terkena tempias amarah kerana mendapat tekanan di tempat kerja atau pun mempunyai masalah keluarga. Jika tekanan ini menyebabkan kita tertekan, lebih baik minta pada pasangan kita untuk tidak bertemu buat sementara waktu sehingga fikiran kembali jernih, dan masalah tempat kerja tidak mengganggu hubungan percintaan.
>7. MENGAJAK KELUAR..
Pencetus pertengkaran yang selalu terjadi adalah apabila kita atau pasangan kita ajak keluar. contohnya pasangan kita ajak kita keluar bersama rakan – rakannya, kita menolaknya, tetapi dia tetap keluar bersama rakannya. Ia boleh menimbulkan perasaan kesal dan tidak dipedulikan. Tidak salah kita menemani pasangan kita untuk berjumpa dengan rakan–rakannya. secara tak langsung kita pun boleh menjalin persahabatan dengan kawan2 pasangan kita.
DI SINI KAMI KONGSIKAN BEBERAPA TIPS UNTUK KITA ELAK GADUG DENGAN PASANGAN.
>1. Jangan terlampau banyak bercakap.
Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing2 mahu menegakkan pendapat masing2. Jika kita mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat kita sendiri. Pekara ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan kita sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan kita. Yang perlu kita lakukan adalah dengan berfikir secara mendalam cara untuk memperbetulkan keadaan.
>2. Jangan menyebut kelemahan pasangan.
Bukan hanya perempuan sahaja yang mempunyai kelemahan, lelaki juga ada kelemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan perempuan, lelaki akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan. Lagi pula, kita tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidakpuasan hatinya tentang kita dahulu supaya apabila giliran kita nanti, dia tidak akan meninggikan suara.
>3. Jangan balas perbuatannya.
Sebagai contoh, pasangan kita bermesra dengan rakan yang bukan sejantina. kita mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan kita pula bermesra dengan orang lain dihadapannya. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada pasangan kita untuk menjauhkan diri dari kita. Akhirnya, kita turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan kita sendiri.
>4. Jangan cuba mengubah pasangan.
kita dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, pasangan kita dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kita. kita harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan kita.
>5. Fokus pada masalah.
Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah, akhirnya akan turut menjadi masalah.
>6. Jangan tinggikan suara.
Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah ia akan semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga pasangan kita yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.
>7. Elakkan terlalu emosional.
Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan kita akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.
>8. Gunakan perkataan yang baik-baik.
Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh kita gunakan ialah, “Abang rasa sayang tak patut buat macam ni,” berbanding “Ni semua salah engkaulah!”
>9. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur.
Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra bersama pasangan.
>10. Dengar luahan pasangan.
Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh pasangan kita itu dapat menyelesaikan masalah. Jika kita hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja kita akan kehilangan idea yang baik malah kita menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah kita & pasangan.
>11. Bersabar.
Sekalipun kita lelaki dan kita lebih kuat secara fizikal berbanding dengan pasangan kita, jangan sekali-kali kita cuba untuk mengasari pasangan kita. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain
>12. Say NO to third party.
Selagi terdaya menyelesaikan masalah kita sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah kita. Dalam bercinta atau dalam perkahwinan, always refer pada best friend kita yang kita sangat2 percayai.
>13. Mengalah tidak bererti kalah.
Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan kita kalah. kita hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan kita sebenarnya betul.
>14. Luahkan.
Selain menjadi pendengar kepada permasalahan pasangan, kita turut perlu meluahkan perasaan kita. Tunggu sehingga pasangan kita habis berbicara sebelum kita menyambung pendapat. Sekiranya kita tidak memberitahu keadaan sebenar kita, belum tentu pasangan kita dapat memahami keadaan kita.
>15. Pelukan dan kemaafan.
Inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan kita seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan kita selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.
from Klik Disini http://ift.tt/2aeNI3j
15 TIPS UNTUK MENGELAKKAN GADUH BESAR DALAM RUMAH TANGGA. - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah