-->
Sabtu, 30 Juli 2016

Abang.. tunggu umi di Syurga ya! :'( - Resep Maskan


Sebuah kisah lama yang menyayat hati melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Umi relakan kau pergi... :'(

***** Umi pandang jenazah abang yang terlantar kaku. Walaupun muka sembap, perut membengkak, tapi umi masih nampak ketenangan pada wajah abang.umi capai pisau. Umi potong baju yang sedia ada pada tubuh abang, baju yang terkahir abang pakai, umi terpaksa potong sebab baju tu tak muat untuk melalui perut abang yang besar(buncit). umi akan simpan baju yang dipotong tu. umi tak akan cuci, sesekali boleh umi cium baju itu, sekadar mengubat rindu dihati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah & umi mendikan jenazah abang. Umi & abah sahaja berdua. Umi tak nak orang lain. Biar tangan abah dan umi yang menjiruskan air buat kali terakhir pada tubuh kecil abang. Umi nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya keluar, mengalir dipipi, tapi cepat2 abah sapu dengan lengan sasanya "Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata umi pada abah.Setelah abang dimandikan, umi bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya umi&abah berdua juga. "Biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang. Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"Itu pesan umi semasa kakak2 mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat2 abah jauh & memalingkan muka. Umi nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, umi usap dahi abang. Umi senyum, lantas kucup dahi abang. Umi berbisik pada abang: "Abang tunggu umi di syurga ya!"Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan. Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.Bertalu-talu umi terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada umi. Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga umi. Tanya mereka:"Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?"Itulah soalan mereka. Mereka hairan kenapa umi tidak menangis, sebaliknya bibir umi tidak lekang dengan senyuman. Kenapa umi masih mampu tersenyum disaat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim umi dulu? 4 tahun 2 bulan umi membesarkan Abang. Umi selak sehelaian demi sehelai kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalam diari tu. Bila membacanya bagaikan meruntun jiwa umi kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata umi terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Umi rasa, di sinilah terkandung jawapan yang umi cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa umi kenapa tidak menangis ketika menguruskan jenazah abang? Umi akan bacakan sedikit cacatan dalam diari ini supaya mereka tahu kenapa umi tidak menangis,

*****Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati umi berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

*****26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, umi tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tertawa umi. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas umi dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Umi kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini umi gagal. Umi belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati umi sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

*****7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Umi semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Umi bawak Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. Umi mengangguk perlahan-lahan. Umi redha dengan ketentuan Ilahi. Dalam hati umi juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada umi, macam mana dengan keadaan Abang? umi cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" umi terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab umi tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang umi beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah umi sendiri yang telan.

*****13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Umi minta kebenaran doktor untuk bawak Abang pulang ke rumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu2 terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, umi mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari umi akan tanya, "Abang nak apa harini? "umi masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "umi, Abang nak naik kereta bomba!"umi termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus umi ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? umi jawab, "Balai bomba!"Sampai di situ, umi meminta izin daripada pegawai bomba. umi kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam kereta bomba. Pegawai itu cuma menggaru-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas umi tarik baju Abang ke paras dada. Umi berbisik kepada pegawai bomba itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu kereta bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 20 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu umi palingkan muka selama 10 saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung. Hari lain, umi tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" umi dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi tu menjalankan rutinnya mengutip sampah, umi tahan lori itu."Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa bila dengar kata2 umi. Kemudian umi buat benda yang sama masa di balai bomba, umi angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, umi akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, umi akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Umi & abah tidak kisah, mereka silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, umi bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, umi bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya umi tunaikan! Setiap hari juga umi tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

*****27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk ACOM, anak patung kesayangan Abang. Umi segera minta abah bawa Abang ke hospital."Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata umi pada abah sebelum bertolak ke IJN. Umi mahu abah dalam keadaan bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

*****5 April 2011- Umi telefon sekolah asrama Kakak sulung di Negeri Sembilan. Umi minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang."Adiknya sudah tenat sekarang. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat-saat terakhir ni!" Mak minta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adira, doktor yang kerap merawat abang juga datang untuk melawat. Ketika itu umi ceritakan yang umi terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

*****7 April 2011- Pagi ini Dr. Adira datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adira beritahu ada kejutan untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adira datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Umi tak sangka, Dr Adira rajin menulis mengenai kisah abang dalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang minta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

*****8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati umi dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati umi. Malam itu, hanya umi berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Umi pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Umi duduk di sebelah Abang, umi peluk dan usap rambut Abang. Umi menangis teresak-esak bagai anak kecil. Dalam tangis itu, umi katakan pada Abang, "Umi tahu Abang nak senangkan hati umi. Abang tak perlu buat macam tu. Umi tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Umi dah sedia. Umi akan redha segalanya. Umi puas sekarang sebab dapat tunaikan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Umi juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup umi walaupun sekejap. "Abang hanya diam, memandang Umi dengan pandangan lesu. Dan ketika itu umi menangis sepuas-puasnya. umi juga berjanji bahwa umi tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, umi tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

*****9 April 2011- Pagi itu umi pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah terlalu suntuk. umi lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak kebiru biruwan, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. umi suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. umi suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya. Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas umi ajak Abang keluar berjalan-jalan. "Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun ke kantin minum sambil tengok matahari!" Abang hanya mengangguk lemah. umi dukung Abang dan kami satu keluarga turun ke kantin. masa tu Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu umi. "Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" umi tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap."Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu umi. Tiba-tiba jantung umi berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! umi terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja. Sampai sahaja di wad, umi terus baringkan Abang di atas katil. Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "umiii..sakit perut..!"Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas umi letak tapak tangan umi atas dahi Abang."Abang, hari ini, waktu ini, umi redhakan Abang pergi. umi halalkan segala makan minum Abang. umi halalkan air susu umi untuk Abang. Pergilah Abang. umi izinkan Abang pergi!" umi ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, umi panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis."Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. umi tak nak Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" umi marah mereka. umi tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. umi tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. umi tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, umi suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. umi tak mahu orang luar lihat. umi tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata umi. Tapi umi masih mampu tersenyum."Pergilah Abang. umi izinkan. umi izinkan.. pergilah.."Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun. umi kucup dahi Abang. umi bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, umi juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu umi di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang umi sudah dapat jawapanya. Mengapa umi tidak menangis?

Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu umi di sana nanti.
Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah umi tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati umi.
Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah umi langsaikan semasa hayat Abang. umi telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang.
Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu.
Kelima, umi rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. umi jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. umi telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. umi telah beri yang terbaik dan umi telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu umi tidak perlu menangis lagi.
Abang.. biarpun kini hidup umi dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... umi akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

"Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa)."
Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.





from Klik Disini http://ift.tt/2a7MxnO
Abang.. tunggu umi di Syurga ya! :'( - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+