-->
Selasa, 16 Agustus 2016

8 Cara Rasulullah Jaga Kesihatan & Hidup Sihat - Resep Maskan

Jom sihat ikut cara Nabi


Pernahkah tak terdengar bahawa Rasulullah pernah ditimpa sakit yang teruk?
Sebenarnya Rasulullah banyak mencontohkan kepada kita semua bagaimana baginda menjalani kehidup kekal sihat.
Memang Betul, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah akan diberi pahala.
Berbalik pada tajuk asal tadi, bagaimana cara Rasulullah menjaga kesihatan?


Dibawah Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.

*** 1-SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.


*** 2-CARA RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN ADALAH DENGAN AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.
Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)

*** 3-RASULULLAH TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

*** 4-RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN DIRI DENGAN GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat.
Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

*** 5-RASULULLAH TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali.

Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

*** 6-SENTIASA OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.

*** 7-TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

*** 8-JADILAH PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.
Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Oleh itu, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.


kata penutup ;
BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI.
Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah.
Semoga hati kita semua semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.
jom sama-sama kita ikut cara nabi.. :) 




from Klik Disini http://ift.tt/2bCQUc4
8 Cara Rasulullah Jaga Kesihatan & Hidup Sihat - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+