4 kisah kelebihan solat malam.
Kisah 1<><>
Syeikh 'Abdul Wahid rah. merupakan salah seorang ahli sufi yang masyur. Beliau menceritakan "Pada satu malam aku sangat mengantuk sehingga tertidur sebelum sempat menyempurnakan wirid dan zikir. Aku melihat dalam mimpiku seorang gadis yang sangat cantik berpakaian sutera hijau. Seluruh anggota badanya, sehingga kasut pada kakinya pun sibuk berzikir. Gadis itu berkata kepada saya, "Usahalah untuk mendapatkan saya. Saya ingin mendapatkan engkau". Kemudian beliau pun membaca beberapa rangkap syair percintaan. Setelah tersedar dari mimpi, beliau pun bersumpah tidak akan tidur lagi pada waktu malam. Diriwayatkan bahawa selamat 40 tahun beliau bersolat isyak dan subuh dengan wuduk yang sama" (Nuzhah)
Kisah 2.<><>
Syeikh Mazhat Sa'adi rah adalah seorang wali Allah. Beliau sentiasa menangis selamat 60 tahun kerana cinta dan rindu kepada Allah SWT. Pada suatu malam beliau telah melihat dalam mimpinya seolah-olah sebuah sungai, yang dipenuhi dengann kasturi. Di tepian sungai terdapat pohon yang subur dan diperbuat daripada mutiara dan dahan pohon itu diperbuat daripada emas. Di sana beberapa orang perawan sibuk memuji Allah SWT. Beliau bertanya, "siapakah kamu?" Mereka menjawab menerusi dua rangkap syair yang bermaksud "Allah yang maha suci, Tuahan kepada Muhammad, yang disembah oleh manusia telah menciptakan kami untuk mereka yang sentiasa berdiri sepanjang malam di hadapan Allah serta bermunajat kepadaNya"
Kisah 3.<><>
Abu Bakar Dharir rah berkata "Saya mempunyai seorang hamba yang muda. Dia berpuasa sepanjang hari dan bersolat tahajud sepangjang malam, Pada suatu hari dia datang kepada saya lalu bercerita, "Semalam saya tertidur. Saya melihat datang kepada saya bawaha dinding mihrab merekah dan daripada celah-celah rekahan tersebut muncullah beberapa orang gadis sangat jelita lagi cantik, tetapi salah seorang daripada mereka sangat hodoh. Saya bertanya, "Siapakah kamu dan siapakah sihodoh itu?" Lalu mereka menjawab, "Kami ialah malam-malam kamu yang lepas dan yang hodoh itu adalah malam ini".
Kisah 4.<><>
Seorang wali Allah berkata, "Pada suatu malam saya tertidur dengan nyenyaknya sehingga tidak terjaga untuk bersolat tahajud. Saya melihat dalam mimpi seorang gadis yang sangat cantik yang belum pernah saya pernah meilhat seumpamanya seumur hidup. Daripada tubuhnya keluar haruman semerbak yang sangat wangi yang tidak pernah saya hidu. Dia menghulurkan sekeping kertas yang tertulis tiga rangkap syair yang bermaksud "kamu terlalu sibuk dengan keseronokan tidur sehingga kamu lupa mahligai syurga yang akan menjadi tempat kediamanmu untuk selama-lamanya dan tidak akan datang maut di sana. Bangunlah daripada tidurmu, membaca al-Quran dalam solat tahajud jauh lebih baik daripa tidur". Selepas peristiwa mimpi tersebut beliau berkata " Apabila saya mengantuk dan teringat syair tersebut maka ngantukku itu pun akan terus hilang."
from Klik Disini http://ift.tt/2aQOeSd
- Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah