-->
Jumat, 30 September 2016

9 kelebihan menanam rumput di taman yang perlu anda tahu ~ Klik Disini - Resep Maskan

kelebihan menanam rumput di taman

#Laman berlatarkan landskap menarik dan sempurna pasti menjadi impian setiap pemilik kediaman kerana boleh dimanfaatkan untuk bersantai atau riadah. Hamparan rumput subur menghijau bagaikan permaidani indah mengubah penampilan taman hadapan atau belakang kediaman anda.

#Hakikatnya, penanaman rumput hiasan amat penting kerana ia berperanan sebagai terapi terbaik selain mengilhamkan suasana segar. Ini kerana taman antara tempat anda seisi keluarga meluangkan masa ketika petang atau hujung minggu untuk bersantai.

#Segala kepenatan menyelenggara rumput di taman dengan memotong, membuang rumput liar dan membaja hilang serta-merta apabila melihat tetamu begitu terpegun dengan pemandangan semula jadi taman anda. Kawasan lapang yang ditanam dengan rumput lebih bermanfaat, berbanding tanaman bunga tidak diselenggara selepas beberapa bulan ditanam.

#Pada masa yang sama ia membantu mengindahkan kawasan kejiranan anda dan bukan sekadar menyerlahkan suasana taman di kediaman. Taman kelihatan lebih terurus biar pun hanya dengan kehadiran hamparan indah rumput hiasan berbanding pelbagai tanaman dalam pasu yang tumbuh tidak sekata atau berbunga mengikut musim.

Berikut antara kelebihan menanam rumput di taman:
  1. Menghalang hakisan tanah kerana kawasan yang berumput berupaya mengurangkan kesan hakisan air berbanding kawasan lapang yang kosong.
  2. Bertindak menapis air yang mengalir masuk ke dalam tanah, longkang, parit, sungai atau tasik
  3. Mengurangkan habuk
  4. Memerangkap pencemaran udara
  5. Membekalkan oksigen
  6. Hasilkan suasana lebih sejuk tingkatkan nilai hartanah
  7. Sesuai untuk kawasan riadah > 
  8. Boleh dijadikan tempat barbeku, kenduri atau perjumpaan.
  9. Kanak-kanak bermain dalam keadaan selamat.

Segala penulisan di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya. terima kasih kerana membaca, dipersilakan share.


from Klik Disini http://ift.tt/2dso61v
9 kelebihan menanam rumput di taman yang perlu anda tahu ~ Klik Disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+