-->
Minggu, 11 September 2016

Cara atasi pergaduhan antara kucing ~ Klik Disini - Resep Maskan

Cara menangani pergaduhan antara kucing

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. Hai guyss.. Kali ni saya nak kongsi sedikit tips cara menangani pergaduhan antara kucing.

@# Pergaduhan antara kucing adalah perilakuan semula jadi dan kunci untuk menghentikannya adalah dengan memahami mengapa kucing itu bergaduh. Tingkah laku kucing adalah sesuatu yang kompleks, justeru, pemilik kucing memerlukan memerlukan kesabaran yang tinggi apabila berhadapan dengan pergaduhan berkenaan. Pemilik perlu mencuba beberapa cara penyelesaian sebelum dapat mengenal pasti cara mana yang paling sesuai. @#

~ Tahukah anda mengapa kucing bergaduh? `

@# Adakah disebabkan pemilik kucing memperkenalkan kucing baharu dalam rumah mereka? Adakah disebabkan oleh kucing muda yang telah mencapai tahap kematangan seksual? Atau disebabkan pemilik berpindah ke kawasan baharu? Semua persoalan berkenaan akan menentukan cara pemilik menyelesaikan konflik antara kucing. @#

Bagaimanapun, ada beberapa penyebab utama yang biasa dikaitkan dalam pergaduhan antara kucing.

1- Hormon

@# Kucing jantan sering kali dikaitkan dengan sifat agresif apabila berhadapan dengan kucing lain. Ia sering kali berlaku apabila seekor kucing mencapai tahap kematangan sosial antara umur dua hingga empat tahun. @#

@# Walaupun sifat agresif seumpama ini kebiasaannya dilihat pada kucing jantan yang sedang bersaing mendapatkan pasangan, ia juga boleh berlaku kepada kucing lain tanpa mengira jantina apabila konflik perebutan kawasan berlaku. @#

@# Langkah pertama untuk mengatasi sifat agresif ini adalah dengan memandulkan kucing anda. Jika ia sudah dilakukan, produk feromon seperti Feliway boleh membantu mengurangkan sifat agresif kucing. @#

2- Kehadiran kucing baharu

@# Apabila pemilik membawa pulang kucing baharu ke rumah, ia akan mempunyai bau yang disifatkan sebagai asing kepada kucing sedia ada. Sesetengah kucing berhadapan dengan masalah ini dengan lebih serius berbanding kucing lain. @#

@# Menyatukan bau mereka boleh mempercepatkan penyelesaian konflik yang dihadapi. Ia boleh dilakukan dengan mengelap tuala kepada kucing sedia ada dan kemudiannya gunakan tuala yang sama untuk mengelap kucing lain bagi membolehkan bau mereka bersatu. Lakukan langkah ini beberapa kali sehari untuk beberapa minggu. @#

3- Cemburu

@# Kucing baharu akan sentiasa mendapat perhatian daripada kucing sedia ada. Luangkan masa tambahan bersama dengan kucing sedia ada bagi mengelakkan kebimbangan bahawa kucing baharu itu sudah merampas kasih sayang pemiliknya. @#

@# Perasaan cemburu selalunya timbul dalam kalangan kucing baka Siam, yang mempunyai hubungan lebih rapat dengan kucing yang baka sama dengannya. Kucing memerlukan jaminan bahawa tempat mereka dalam hati pemilik masih terjamin. @#

4- Kawasan sendiri

@# Kucing secara semula jadinya selesa membina kawasan sendiri. Apabila pemilik memperkenalkan kucing baharu ke dalam rumah, kucing baharu perlu mewujudkan kawasannya sendiri dan ia menyebabkan kucing sedia ada berasa terancam untuk melindungi kawasan mereka. Situasi ini sering mencetuskan pergaduhan antara kucing. @#

@# Pemilik seharusnya menyediakan kawasan khas tersendiri untuk kucing baharu dengan meletakkan tuala yang mempunyai bau mereka di kawasan berkenaan. @#

@# Pertimbangkan juga untuk menyediakan kucing baharu dengan permainan mereka sendiri tanpa perlu mengganggu kawasan kucing sedia ada. Atau jika perlu, wujudkan ruang kucing yang berasingan dalam rumah. @#

~ Kurung bersama ~

@# Jika semua perkara di atas tidak mampu membuatkan kucing berhenti bergaduh, pemilik boleh mencuba cara mengurungkan kedua-dua kucing berkenaan di dalam tempat yang sama. @#

@# Pemilik boleh gunakan peti kucing yang besar, tempatkannya di dalam sebuah bilik. Letakkan seekor kucing di dalam peti berkenaan dan seekor lagi di luar peti itu. Tinggalkan kedua-duanya di dalam bilik bersama- sama. @#

@# Lakukan rutin ini setiap hari sekurang-kurangnya selama seminggu dengan menggilirkan kucing yang tinggal di dalam dan di luar. @#

@# Apabila kucing berkenaan kelihatan semakin jinak antara satu sama lain, biarkan mereka bermain bersama-sama di dalam bilik dengan pemantauan pemilik. Pemilik perlu bermain bersama kucing berkenaan, beri ganjaran dan pujian atas tingkah laku yang baik. Jika ada antara kucing itu memulakan pergaduhan, letakkan dia dalam peti kucing. @#

@# Teruskan sehingga kucing berkenaan boleh duduk bersama-sama dalam sebuah bilik tanpa sebarang pergaduhan. @#

~ Jangan kejar dengan objek ~

@# Menerusi semua cara yang disebut, ada yang mungkin tidak berjaya meleraikan pergaduhan kucing dan memerlukan campur tangan pemilik. Namun, jangan sekali-kali memukul atau mengejar kucing berkenaan dengan penyapu atau objek lain. Ia hanya akan menjadikan kucing lebih agresif dan boleh memusnahkan kepercayaan kucing terhadap pemiliknya. @#

@# Dengan kesabaran dan pemahaman yang jelas mengenai tingkah laku kucing, pemilik boleh mencapai keharmonian dengan isi rumah yang lain dalam tempoh sebulan atau dua bulan. @#

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah =)




from Klik Disini http://ift.tt/2cOl5JH
Cara atasi pergaduhan antara kucing ~ Klik Disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+