-->
Selasa, 27 September 2016

Petua Mudah Melahirkan Anak ~ Klik Disini - Resep Maskan

TIPS UNTUK MUDAH BERSALIN


Petua Mudah Melahirkan Anak

Boleh dikatakan kebanyakan orang tua-tua akan syorkan untuk ibu yang dah sembilan bulan mengandung supaya amalkan minum air kelapa muda agar mudah bersalin. Selain mudah bersalin, ia juga dikatakan membantu mencuci kepala baby tu waktu keluar dari lubang faraj. So, bila tarikh untuk melahirkan dah dekat, eloknya diamalkan minum air kelapa satu gelas dua tiga kali dalam seminggu.

Selain dari minum airnya, bidan-bidan kat kampung juga biasanya akan nasihat bakal ibu supaya amalkan minum minyak kelapa ketika kandungan berusia 6  bulan ke atas.

Cara-Cara Sediakan Minyak Kelapa

Ambil beberapa biji kelapa tua. Parut dan perah untuk mendapatkan santannya. Santan tu kemudiannya dimasak hingga mengeluarkan minyak. Minyak itulah yang diperlukan. Biarkan minyak tu sejuk dalam periuk dan bila dah sejuk barulah dimasukkan dan simpan dalam botol.

Bila usia kandungan dah mencapai enam bulan, cuba amalkan minum minyak kelapa ini sebanyak satu sudu besar setiap kali. Sebaik-baiknya minumlah selang 1-2 hari sekali atau tiga kali seminggu. Cuba amalkan sehingga kandungan tu sampai sembilan bulan. InsyaAllah, berkat doa dan amalan minum minyak kelapa ni, ibu-ibu akan mudah melahirkan anak.

Dan, walaupun sedang sarat dengan muatan para ibu juga tak boleh malas-malas. Perlu rajinkan diri exercise. Tetapi jangan lah pulak beria-ia exercise sehingga sanggup melakukan senaman yang berat-berat. Buat yang ringan-ringan jer agar otot tu terasa regang sikit-sikit dan keluar peluh sikit-sikit. Senaman yang paling sesuai ialah jalan-jalan atau berlari-lari anak keliling taman. Kalau husband ada masa, ajak dia sekali jadi peneman… jangan biar isteri sorang-sorang jalan kat taman.  Jalan berdua sambil berpegangan tangan… nahhh.. kan terasa sungguh bahagia dan romentik tu.. hehehe…

P/S :

 Sebaiknya rujuk dengan doktor yang merawat korang terlebih dahulu, samada sesuai atau tidak untuk mengamalkan petua ini. Manalah tahu mungkin tak sesuai atau ‘berlawanan’ dengan ubat-ubatan yang diambil oleh sesetengah ibu.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah =)



from Klik Disini http://ift.tt/2cHuzrR
Petua Mudah Melahirkan Anak ~ Klik Disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+